Showing posts with label sdea. Show all posts
Showing posts with label sdea. Show all posts

Pelajar Cemerlang 2012

Berikut adalah senarai pelajar-pelajar cemerlang SK Taman Bukit Mewah dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2012 yang telah diumumkan baru-baru ini

Bil Nama Keputusan
1 Haziq Fathi Bin Samsul 5A
2 Luqman Hakiem Bin Zaid 5A
3 Nur Imanina Bte Anuar Razif 5A
4 Sarvini A/P Chandrasegaran 5A
5 Siti Nurhanisa Alia Bte Rozahali 5A
6 Arieyanna Danisyah Bte Abdul Rahim 4A 1B
7 Intan Nurnajiha Bte Jaferi 4A 1B
8 Muhammad Amirul Haziq Bin Haslin 4A 1B
9 M. Syahrul Niezam Bin Abdullah 4A 1B
10 Noor Aina Qasdina Bte Abdul Razak 4A 1B
11 Nur Aulia Rizqi Bte Mohammad Mahyiddin 4A 1B
12 Nur Ezati Bte Alias 4A 1B
13 Amirah Najihah Bte Abdul Rahim 4A 1B
14 Dewi Nur Zulaikha Bte Abd Rahim 4A 1B
15 Nurul Husna Bte Mokhtar 4A 1B
16 Rhubenii A/P Ganesh Rao 4A 1B

Tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka yang berjaya! Diharap keputusan ini akan menjadi batu loncatan untuk berjaya dengan lebih cemerlang lagi di masa hadapan. Kepada semua calon UPSR 2012, semoga keputasan ini akan menjadi titik mula untuk berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mengecapi kemanisan kecemerlangan pada masa akan datang....... SELAMAT MAJU JAYA.......

KEPUTUSAN UPSR 2012

Berikut adalah keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi sesi persekolahan 2012 yang telah diumumkan baru-baru ini.

PERATUS MENGUASAI       = 76.4%
GRED PURATA SEKOLAH  = 2.19

Berikut adalah keputusan mengikut subjek

SUBJEK BIL % BIL % GRED
LULUS LULUS GAGAL GAGAL MP
B.MELAYU (1) 85 95.51 4 4.49 1.75
B.MELAYU (2) 82 92.13 7 7.78 1.98
B. INGGERIS 81 91.01 8 8.99 2.55
MATEMATIK 77 86.52 12 13.48 2.35
SAINS 82 92.13 7 7.78 2.34

Aktiviti Sepanjang Tahun 2012

Perkhemahan Unit Beruniform 2012

Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform pada tahun ini telah dijalankan di Kem PSV, Gelang Patah. Perkhemahan ini bertujuan untuk meningkatkan lagi daya tahan diri, semangat berpasukan, kerjasama dan memupuk jati diri semua ahli unit beruniform yang menyertai perkhemahan pada kali ini.








Majlis Berbuka Puasa 2012

Majlis Berbuka Puasa sempena sambutan bulan Ramadhan ini telah dianjurkan bersama oleh Unit Hal Ehwal Murid dan Panitia Agama Islam Sk Taman Bukit Mewah. Tujuan utama majlis ini dijalankan adalah untuk meraikan anak-anak yatim serta memberi sumbangan bagi meringankan bebanan yang dihadapi oleh mereka dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri.





Ihyak Ramadhan 2012

Ihyak Ramadhan merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan sempena bulan Ramadhan dan bermulanya ibadat puasa bagi sekelian umat Islam. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan oleh Panitia Agama Islam SK Taman Bukit Mewah antaranya ialah Tadarus Al-Quran, Pertandingan Bercerita, Nasyid, Kuiz dan banyak lagi. Berikut adalah sekitar Sambutan Ihyak Ramadhan 2012.







Majlis Solat Hajat 2012

Majlis Solat Hajat bersama ibubapa dan penjaga pelajar tahun 6 peringkat SK Taman Bukit Mewah ini bertujuan untuk mencari keredhaan dan keberkatan diatas segala usaha yang telah dilakukan untuk menghadapi UPSR 2012.





Pertandingan Mereka Model Roket

Pertandingan Mereka Dan Melancar Model Roket adalah merupakan salah satu ativiti Minggu Sains yang begitu diminati oleh pelajar-pelajar terutamanya pelajar tahun 6. Tujuan utama aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang konsep daya, ketepatan masa dan kestabilan serta kreativiti mereka dalam mereka bentuk model roket. Berikut adalah gambaran sekitar aktiviti tersebut.







Minggu Sains 2012

Minggu Sains 2012 pada kali ini dijalankan dengan lebih meriah lagi dengan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik berbanding dengan tahun-tahun yang sudah, ditambahkan lagi Minggu Sains 2012 ini dianjurkan bersama dengan Panitia Sains, Panitia Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Dan Panitia Kemahiran Hidup dengan bermaktlamatkan untuk memberi lebih ruang impak kesedaran dan semangat dalam jiwa warga SKTBM melalui aktiviti yang berteraskan pendidikan di luar darjah untuk mencapai kecemerlangan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dan kesemuanya melibatkan aktiviti berkumpulan, antaranya ialah
  • Tahun 1 - Pertandingan Fungsi Deria, Haiwan dan Komputer
  • Tahun 2 - Pertandingan Diet Haiwan, Pengkelasan Makanan Dan Komputer
  • Tahun 3 - Pertandingan Magnetic Fishing dan Complete Circuit.
  • Tahun 4 - Pertandingan Measurement dan Properties of Materials
  • Tahun 5 - Pertandingan Payung Terjun.
  • Tahun 6 - Pertandingan Mereka Model Roket
Kesemua aktiviti ini telah berjalan pada 16 Julai sehingga 20 Julai 2012.

Penyerahan 500 Naskah Al-Quran

Al-Quran Dan Hadis merupankan pedoman hidup bagi semua umat manusia. Oleh itu, Ianya sangat berguna dan penting dalam mendepani hidup mengikut jalan yang betul. Penyerahan 500 naskah Al-Quran kepada SK Taman Bukit Mewah merupakan satu usaha yang amat murni oleh Persatuan Bekas Pelajar Maktab Perguruan Perempuan Melaka (MPPM) dalam mendidik dan membantu serta membentuk warga SK Taman Bukit Mewah menjadi warga yang bersahsiah tinggi dan berakhlak mulia. Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada semua bekas pelajar MPPM diatas segala sumbangan ini.




Program Teknik Mengingat

Pelbagai usaha dan program diadakan bagi meningkatkan lagi prestasi dan kemahiran dikalangan pelajar SK Taman Bukit Mewah. Baru-baru ini, pada 7 Julai pihak pengurusan sekolah dan Unit Kaunseling telah mengadakan Program Teknik Mengingat yang disampaikan oleh Pakar Motivator, En Osman Affan bertempat di Kolej Tun Abdul Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara-cara menyimpan dan mengingat segala apa yang dipelajari di sekolah. Program ini terbuka kepada semua pelajar tahap dua dan penyertaannya amat mengalakkkan. Semoga melalui program ini dapat meningkatkan lagi kecemerlangan SK Taman Bukit Mewah.






Majlis Penyerahan ABM Matematik

Matematik merupakan salah satu ilmu yang sangat berguna dalam kehidupan seharian. Sepanjang hari, hidup kita sentiasa berhadapan dengan matematik. Jesteru itu, satu usaha telah dilakukan bagi meningkatkan lagi minat terhadap warga SK Taman Bukit Mewah terhadap penguasaan matematik dengan menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM). Majlis Penyerahan ABM Matematik kepada pihak sekolah bagi memudahkan lagi penguasaan matematik dikalangan pelajar. Selain daripada itu, para pelajar juga didedahkan dan diajar cara-cara penggunaannya dengan berkesan dan cepat.




Majlis Perpisahan Cikgu Rohayati

Pada 6 Julai 2012 Pn. Rohayati Binti Abdul Rahman, Guru Kaunseling SK Taman Bukit Mewah telah secara rasminya telah berpindah. Dengan perpindahan ini, SK Taman Bukit Mewah telah kehilangan seorang guru yang banyak menyumbangkan ideal dan jasa yang tak terhingga kepada SK Taman Bukit Mewah demi memajukan dan mendidik terutamanya pelajar-pelajar tahun 6. Selama hampir lapan tahun berkhidmat di sekolah ini, segala keringat dan jasanya akan dikenang oleh setiap warga SKTBM. Semoga Pn Rohayati dapat menjalankan tugas dengan lebih baik di sekolah barunya.




Juara Keseluruhan Sukan Tahunan 2012

Tahniah dan Syabas!!!

Itulah ucapan yang sepatutnya diberikan kepada Pasukan Rumah Panglima kerana telah berjaya menjadi juara di temasya Sukan Tahunan Kali Ke-10 Sk Taman Bukit Mewah tahnu 2012 yang telah berlangsung baru-baru ini.