Patut Diikuti....

Khusyuk semasa bacaan Surah Yasin di pagi Jumaat. Itulah satu contoh yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar SK Taman Bukit Mewah.

Kecil-Kecil Cili Api

Tahniah dan Syabas !!!!
Itulah ucapan yang harus diberikan kepda adik Muhammad Zuhair Bin Jumaat dari kelas 3 Arif kerana telah berjaya mengharumkan nama SK Taman Bukit Mewah dalam acara catur peringkat negeri baru-baru ini. Beliau telah berjaya meletakkan daerah Johor Bahru ditangga kedua dalam acara berpasukan... Semoga dengan kejayaan ini, ia akan menjadi batu loncatan dan cotoh kepada semua warga SK Taman Bukit Mewah untuk berjaya dalam apa pun acara yang mereka ceburi. Tahniah....

Tahniah Kepada Yang Berjaya

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya dalam pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan oleh Panitia Bahasa Inggeris sempena Minggu Bahasa Inggeris baru-baru ini..... Kepada yang tidak berjaya, cuba lagi pada masa yang akan datang.....

Berbalas Pantun

Tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya mencuit hati guru-gur dan rakan-rakan dalam acara berbalas pantun yang telah dikelolakan oleh Panitia Bahasa Melayu, SK Taman Bukit Mewah. Acara berbalas pantun ini merupakan satu acara mingguan bagi setiap panitia utama di SK Taman Bukit Mewah. Tujuan utama acara mingguan ini adalah bertujuan untuk mengasah bakat dan meningkatkan daya keyakinan diri setiap peserta.

Pertandingan Ragbi Daerah

PERTANDINGAN RAGBI 12 TAHUN PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU AKAN DIADAKAN PADA 15 DAN 16 APRIL 2010 BERTEMPAT DI PADANG SK TAMAN BUKIT MEWAH, JOHOR BAHRU.

Persembahan Rekoder

Persembahan Rekoder ini merupakan satu persembahan mingguan yang dijayakan oleh Panitia Muzik SK Taman Bukit Mewah yang dikelolakan oleh Pn Mastura Md Sidek. Syabas Dan TAhniah!!!!!!!!

Sambutan Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul peringkat SK Taman Bukit Mewah telah berjaya dilangsungkan pada 10 April 2010 baru-baru ini. Program di bawah kendalian Panitia Agama ini, berjalan dengan lancar dengan pelbagai pengisian yang bermanfaat kepada warga SK Taman Bukit Mewah. Perarakan dengan memuji Junjungan Besar bergema pada pagi tersebut. Semua warga SK Taman Bukit Mewah telah disajikan dengan nasi beriani yang enak sebelum disajikan lagi dengan ceramah oleh jemputan khas dari Pontian.

Minggu Anti Dadah

Minggu Anti Dadah Peringkat SK Taman Bukit Mewah terlag bermula dari 29 Mac 2010 sehingga 2 April 2010. Pelbagai aktiviti ankan dijalankan seperti di bawah:
  • 29 Mac 2010 - Perasmian Minggu Anti Dadah dan Perasmian Bilik PPDa sekolah
  • 30 Mac 2010 - Pameran dan Ceramah oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)
  • 31 Mac 2010 - Pertandingan Mewarna Prasekolah, Tahap 1 dan Tahap 2.
  • 1 April 2010 - Pertandingan Mendeklamasikan Sajak Tahap Anti Dadah 2
  • 2 April 2010 - Majlis Penutup "Minggu Anti Dadah 2010"
Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Cik Norfarhanah Bte Tahir di talian 07-2340105.

Berikut adalah gambar sekitar Minggu Anti Dadah yang disambut di SKTBM......

Perasmian Bilik PPDa

Bilik PPDa SK Taman Bukit Mewah telah dirasmikan dengan rasminya oleh Tuan Guru Besar, Pn Hjh Siti Esah Binti Yaacub pada 29 Mac 2010 disaksikan oleh GPK HEM, En Hamzah Bin Hj Rawian. Bilik PPDa ini bertindak sebagai pusat penyebaran maklumat tentang bahaya penggunaan dadah dan merokok serta kesan-kesan daripada aktiviti yang tidak bermoral ini.......

Majlis Perasmian Minggu Anti Dadah

Minggu Anti Dadah Peringkat SK Taman Bukit Mewah dilancarkan dengan rasminya pada 29 Mac 2010 di Dataran Kejat. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, Pn Hjh Siti Esah Bte Yaacub dengan disaksikan oleh semua warga SK Taman Bukit Mewah. Matlamat utamanya adalah untuk memupuk kesedaran tentang bahayanya penyalahgunaan dadah dan rokok.....