Seperti tahun-tahun sebelumnya, pelbagai aktiviti yang menarik telah diatur sempena Minggu Sains 2010 yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Panitia Sains 2010 yang diketuai oleh Pn Salwa Binti Bachok. Pelancaran Minggu Sains ini telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK Taman Bukit Mewah pada 12 Julai 2010 dengan disaksikan oleh semua warga SK Taman Bukit Mewah.
Tahniah Atas Kejayaan Anda
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Tahniah kepada semua peserta Pertandingan Bahasa Arab terutama sekali yang berjaya merangkul hadiah seterusnya mengharumkan nama baik SK Taman Bukit Mewah. Dalam pertandingan ini wakil SK Taman Bukit Mewah telah berjaya tiga pingat iaitu tempat Pertama dalam Pertandingan Kuiz Bahasa Arab, Tempat kedua dalam Pertandingan Bercerita dan manakala dalam pertandingan Tilawah hanya dapat tempat yang ketiga.
Hari Terbuka 2010
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Berikut adalah gambaran sempena Hari Terbuka SK Taman Bukit Mewah 2010 yang telah diadakan pada 9 hb Julai 201 baru baru ini. Tujuan hari terbuka ini adalah bertujuan untuk perkongsian permasalahan yang timbul antara pihak sekolah dengan ibubapa bagi melahirkan pelajar yang cemerlang disamping merapatkan hubungan silaturrahim.
Solat Hajat
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Solat hajat bagi para pelajar dan ibubapa pelajar tahun 6 adalah mencari keberkatan dalam usaha dan kesungguhan pelajar-pelajar menuntut ilmu yang bermanfaat. Selain daripada itu, solat hajat ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara pihak sekolah dan ibubapa serta masyarakat di sekitan SK Taman Bukit Mewah ini. Solat hajat ini adalah usaha sama antara pihak sekolah dan PIBG sekolah. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua ibubapa yang hadir dan yang memberi kerjasama yang sepenuhnya dalam usaha untuk meraih kecemerlangan para pelajar.
Sumbangan Buku Untuk Perpustakaan SKTBM
Posted by
-
on 30 June, 2010
Labels:
sdea
/
PERPUSTAKAAN SK TAMAN BUKIT MEWAH MENGALAMI MASALAH KEKURANGAN BAHAN BACAAN. JUSTERU, SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MEMBERIKAN SUMBANGAN TERSEBUT BOLEHLAH BERHUBUNG DENGAN GURU MEDIA, CIK SITI ZUBAIDAH BINTI YUSOH ATAUPUN GURU PERPUSTAKAAN, PUAN AYU SARAH BINTI ABDULLAH. SUMBANGAN DITERIMA DALAM BENTUK BUKU-BUKU YANG TERPAKAI, BUKU BARU YANG DIDERMAKAN ATAUPUN DALAM BENTUK SUMBANGAN WANG TUNAI. SEMOGA SUMBANGAN YANG DIBERIKAN DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA WARGA SK TAMAN BUKIT MEWAH.
" BANGSA MEMBACA, BANGSA BERJAYA"
Keputusan UPPM 2
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar tahun 6 dan guru SK Taman Bukit Mewah kerana berjaya meningkatkan peratus menguasai sebanyak 8.4 peratus berbanding dengan UPPM 1 yang lalu. Walaupun tidak dapat mencapai sasaran yang diunjurkan, tetapi melalui usaha dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para pelajar dan guru serta ibubapa, Insyaallah, UPPM3 dapat mengatasi sasaran 68.77 peratus.
Peperiksaan UPPM 2
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Berikut adalah suasan peperiksaan UPPM2 bagi pelajar-pelajar tahun 6 SK Taman Bukit Mewah. Peperiksaan ini telah berjalan pada 25 hingga 28 Mei 2010 bagi subjek teras dan 1 hingga 4 Jun 2010 bagi subjek elektif. Syabas diucapkan kerana kesungguhan dan kegigihan dalam menjawab soalan yang disediakan.
Persembahan Panitia Matematik
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Gambar di atas menunjukkan satu persembahan "Poem" yang dikendalikan oleh Panitia Matematik pada Isnin bagi menutup perhimpunan terakhir penggal pertama persekolahan bagi sesi persekolahan 2010. Persembahan kali ini disertai oleh semua pelajar tahun 5 Arif yang diketuai oleh adik Afiqah Zafiera Bte Hj Asri.

