| PASUKAN | MATA |
| LAKSAMANA | 300 |
| PANGLIMA | 403 |
| TEMENGGONG | 355 |
| BENDAHARA | 340 |
Keputusan Sukan Tara 2010
Posted by
-
on 13 October, 2010
Labels:
sdea
/
Berikut adalah keputusan sukan tara antara rumah sukan SK Taman Bukit Mewah.
Talentime Tahun 6
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Selepas menduduki Peperiksaan UPSR, pelbagai aktiviti bermanfaat telah dijalankan bagi pelajar-pelajar tahun 6 SK Taman Bukit Mewah dikenali sebagai "Aktiviti Selepas UPSR". Antara salah satu aktiviti yang mendapat sambutan hangat adalah Talentime yang bertujuan untuk menguji serta mendedahkan bakat yang terpendam yang terdapat dikalangan pelajar tahun 6. Berikut adalah beberapa gambaran perjalanan aktiviti ini.
Pengumuman
Posted by
-
on 10 October, 2010
Labels:
sdea
/
Pungutan markah bagi sukan tara yang telah berlangsungpada minggu lepas akan diumumkan dalam masa yang terdekat. Diharap semua peserta setiap rumah sukan dapat menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi bagi meletakkan rumah sukan masing-masing ditempat yang teratas.
Jadual Sukan Tahunan 2010
Posted by
-
/
LATIHAN RUMAH SUKAN
- Laksamana (Hijau) - 27 September 2010 dan 4 Oktober 2010
- Bendahara (Biru) - 28 Septeber 2010 dan 5 Oktober 2010
- Temenggong (Kuning) - 29 September 2010 dan 6 Oktober 2010
- Panglima (Merah) - 30 September 2010 dan 7 Oktober 2010
SUKAN TARA
- 9 Oktober 2010 (Jumaat)
- Pagi
PERTANDINGAN ACARA PADANG (LOMPATAN)
- 11 Oktober 2010
- Petang
PERTANDINGAN ACARA PADANG (BALINGAN)
- 12 Oktober 2010
- Petang
LATIHAN PERBARISAN
- 13 Oktober 2010
- Pagi
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2010
- 14 Oktober 2010 (Khamis)
- 8:00 pagi
- Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunos, Larkin
SEMUA IBUBAPA DAN PENJAGA DIJEMPUT HADIR BAGI MEMERIAHKAN LAGI ACARA TAHUNAN INI
* Sebarang perubahan akan diberitahu kemudian.
Majlis Sambutan Aidilfitri 2010
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat SK Taman Bukit Mewah ini disambut dengan penuh meriah. Selain daripada hidangan pelbagai juadah yang menyelerakan, para warga SK Taman Bukit Mewah juga telah dihiburkan dengan pelbagai acara yang melibatkan murid dan guru. Berikut sekitar sambutan Aidilfitri ini.
Sukan Tara 2010
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Sukan Tahunan SK Taman Bukit Mewah 2010 akan berlangsung pada 14 Oktober 2010. Bagi memeriahkan lagi acara tahunan ini, pihak sekolah terutamanya Unit Koko telah mengadakan sukan tara antara rumah-rumah sukan iaitu Temenggong, Bendahara, Panglima dan Laksamana. Sukan tara ini melibatkan acara lari 100 meter, lompat jauh dan lompat tinggi. Kesemua peserta telah menunjukkan semangat yang begitu membara bagi mendapatkan mata yang bermakna bagi memberi kemenangan kepada rumah suka masing-masing. Berikut adalah sekitar sukan tara berlangsung.
Majlis Solat Hajat Dan Titisan Ilmu
Posted by
-
on 02 October, 2010
Labels:
sdea
/
Majlis Solat Hajat Dan titisan Ilmu ini merupakan ikhtiar terakhir yang diadakan oleh pihak sekolah kepada pelajar tahun 6 bagi menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun ini. Pada majlis ini juga, para pelajar akan bersama-sama dengan ibubapa serta guru-guru memohon maaf serta meredhakan segala ilmu yang telah dicurahkan.
Majlis Penutup Khatam Quran & Sumbagan Anak Yatim
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Majlis Penutup Khatam Al-Quran Dan Penyampaian Sumbangan Kepada Pelajar Miskin Dan Anak Yatim merupakan kemuncak kepada Majlis Ihya' Ramadhan. Majlis ini adalah anjuran MAKDIS dan Panitia Agama Islam SK Taman Bukit Mewah. Pada majlis ini, para pelajar telah diraikan dan disajikan dengan pelbagai juadah berbuka puasa.
Ihya' Ramadhan
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Sambutan Ihya' Ramadhan merupakan aktiviti tahunan yang bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar-pelajar tentang kelebihan-kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang bulan mubarak yang mulia ini, antaranya adalah Tadarus Al-Quran, Pertandingan Nasyid, Kuiz Keagamaan dan banyak lagi. Berikut adalah beberapa aktiviti sepanjang bulan Ramadan
Sambutan Hari Kebangsaan Ke-53
Posted by
-
on 27 August, 2010
Labels:
sdea
/
Sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-53 peringkat SK Taman Bukit Mewah telah diadakan pada 23 Ogos 2010 bertempat di dataran Kejat. Sambutan ini telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Taman Bukit Mewah dengan pelbagai acara yang menghiburkan dan penuh simbolik. Sambutan ini telah dianjurkan oleh En Hairurnizam selaku Pengerusi Panitia Kajian Tempatan. Berikut adalah gambaran sekitar sambutan ini dijalankan.
