Penyampaian Hadiah Pemenang Ragbi 7'S

Dalam Kejohanan Ragbi 7 Sebelah serkit ke 2 Sekolah-Sekolah Negeri Johor baru-baru ini, kedua-dua pasukan ragbi SK TAman Bukit Mewah, SKTBM A dan SKTBM B telah berjaya merangkul tempat pertama dan kedua dalam empat kategori yang telah dipertandingkan iaitu Kategori Spoon. Syabas dan Tahniah diucapkan.............



Penyampaian Hadiah Minggu Bahasa Melayu

Majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang yang terlibat dalam semua kategori yang dipertandingkan sempena minggu Bahasa Melayu 2011 peringkat SK Taman Bukit Mewah.

Berikut adalah senarai pemenang pertandingan Minggu Bahasa Malaysia 2011

Pertandingan Bercerita
  • Aida Syahira Bte Safari (Tahun 1)
  • Auni Suraya Bte Safari (Tahun 2)
  • Nurul Farahin (Tahun 3)
  • Husna (Tahun 4)
  • Amira Najiha (Tahun 5)
  • Mufarohah Bte Naim (Tahun 6)
Pertandingan Deklamasi Sajak
  • Noor Hazwalyana (Tahun 1)
  • Nur Aina Najihah (Tahun 2)
  • Safawani (Tahun 3)
Pertandingan Syair
  • Ahmad Rasul (Tahun 4)
  • Dewi Nur Zulaikha (Tahun 5)
Pertandingan Pidato
  • Iswary a/p Moothy (Tahun 6)




Pertandingan Ragbi 7 Sebelah Sekolah-Sekolah Negeri Johor

Pertandingan ragbi tujuh sebelah serkit ke-2 antara sekolah-sekolah Negeri Johor telah berlangsung di SK Temenggong Abdul Rahman 1 (STAR 1) pada 9 dan 10 April 2011 (Sabtu dan Ahad) baru baru ini. Pihak sekolah telah menghantar dua pasukan, SKTBM A dan SKTBM B ke pertandingan tersebut. Pada pertandingan ini sebanyak 24 pasukan dari seluruh negeri Johor bertemu bagi merebut Piala Pusingan yang bermakna dalam kejohanan ini. Berikut adalah gambaran sekitar kejohanan Ragbi 7'S bagi sekolah-sekolah negeri Johor.





Perasmian Minggu Bahasa Melayu 2011

Perasmian Minggu Bahasa Melayu telah diadakan pada 4 April 2011 di dataran Kejat, SK Taman Bukit Mewah. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Taman Bukit Mewah, Pn Hjh Noor Siah Binti Sihes sambil disaksikan penggerak utama program ini, Pn Jalilawati Bte Hj Jamian. Pelbagai acara begitu meriah telah dipertontonkan kepada semua warga SK Taman Bukit Mewah antaranya ialah mendeklamasikan sajak oleh En. Mohd Anuar Bin Hj Jaafar, Nyanyian oleh semua guru panatia Bahasa Melayu, berbalas pantun dan banyak lagi.


Minggu Bahasa Melayu 2011

Minggu Bahasa Melayu pada kali ini telah berlangsung bermula pada 4 April 2011 sehingga 8 April 2011. Minggu Bahasa Melayu ini telah disajikan dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan yang menarik bagi menarik minat murid-murid SK Taman Bukit Mewah terhadap bahasa rasmi negara kita. Antara aktiviti dan pertandingannya ialah
  1. Pertandingan Bercerita Tahun 5 & 6 (Isnin -4April 2011)
  2. Pertandingan Bercerita Tahun 3 & 4 (Selasa - 5 April 2011)
  3. Pertandingan Bercerita Tahun 1 & 2 (Rabu - 6 April 2011)
  4. Pertandingan Bersyair Tahun 4 &5 (Khamis -7 April 2011)
  5. Pertandingan Berpidato Tahun 6 (Khamis - 7 April 2011)
  6. Pertandingan Mendeklamasikan Sajak Tahun 1, 2 & 3 (8 April 2011)
  7. Pertandingan Membina Perkataan Tahun 1 Cerdik & 2 Cerdik (Selasa - 5 April 2011)
  8. Pertandingan Menulis Karangan Tahun 4, 5 & 6 (Rabu -6 April 2011)
  9. Kuiz Simpulan Bahasa Tahap 1 (sepanjang minggu)
  10. Kuiz Silang Kata Tahap 2 (sepanjang minggu)
Setiap pertandingan ini telah dijalankan di Dewan Seri Mewah.

Minggu Bahasa Melayu

Pihak Panitia Bahasa Melayu SK Taman Bukit Mewah akan mengadakan Minggu Bahasa Melayu yang akan bermula pada 4 April 2011 sehingga 8 April 2011. Acara perasmian Minggu Bahasa Melayu ini akan dirasmikan oleh Guru Besar SK Taman Bukit Mewah, Pn Hjh Noor Siah Binti Sihes pada 4 April 2011 (Isnin) ini. Selain daripada itu, Ketua Panitia Bahasa Melayu, Pn. Jalilawati Bte Jamian akan membuat pengumuman tentang aktiviti-aktiviti yang akan diadakan sepanjang minggu tersebut.

Aktiviti Kajian Tempatan

Aktiviti ini dijalankan serta dikelolakan oleh En. Hairurnizam Bin Zin yang melibatkan pelajar Tahun 6 Bestari. Tujuan utama aktiviti ini adalah bertujuan untuk menguji tahap kerjasama berkumpulan yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar yang terlibat. Selain daripada itu, pelajar-pelajar didedahkan dan diserapkan dengan sifat berdikari dan membuat keputusan yang tepat dalam dalam jangka masa yang singkat.



Lawatan Ke SMK Teknik Johor Bahru

Lawatan ke SMK Teknik Johor Bahru ini telah diadakan pada 30 Mac 2011 yang disertai oleh pelajar-pelajar tahun 4 Arif dan 5 Arif. Lawatan ini diadakan sempena Pameran Sains yang dianjurkan oleh SMK Teknik Johor Bahru dan PPD Johor Bahru dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Perbagai aktiviti yang menarik telah diadakan antaranya ialah Pertunjukkan Eksperimen Sains, Pameran dari Jabatan Bomba, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi, Universiti Teknologi Malaysia, Sistem Amaran Tsunami dan Gempa Bumi dan banyak lagi. Tujuan lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kepentingan ilmu sains, perkembangan semasa teknologi di Malaysia dan aplikasi pengetahuan sains dalam kehidupan seharian.





Minggu Anti-Dadah





Minggu Anti-Dadah peringkat SK Taman Bukit Mewah telah dirasmikan dengan penuh kemeriahan oleh Guru Besar SK Taman Bukit Mewah, Pn Hjh Noor Siah Binti Siah pada 28 Mac 2011 baru-baru ini. Minggu Anti-Dadah dengan rasminya telah berlangsung pada 28 Mac sehingga 1 April 2011 ini disajikan dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Antara aktiviti yang disediakan oleh Penyelaras Anti-Dadah Sekolah, Cik Nor Farhanah Bte Tahir ialah Pertandingan Melukis Poster, Mendeklamasikan Sajak, Mewarna Poster, tayangan video anti-dadah dan Pameran Anti-Dadah. Tujuan utama Minggu Anti-Dadah ini ialah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar SK Taman Bukit Mewah tentang bahayanya penyalahgunaan dadah serta kesannya terhadap organisasi keluarga, masyarakat dan negara.

Kunjungan Team Solivite Ke SKTBM




Pada 29 Mac 2011, Team Solivite telah bertandang ke SKTBM, selain tujuan mempromosikan produk, Team Solivite juga menggalakkan agar murid-murid mengamalkan 5R ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Pelbagai akvititi telah disediakan untuk murid-murid tahun 1, 2,3 dan 4 antaranya ialah tayangan video, kuiz dan minuman solivite secara percuma.Selain daripada itu, pelajar-pelajar juga telah didedahkan dengan pelbagai khasiat serta kepentingan pengambilan Solivite terhadap pertahanan tubuh badan pengemarnya.