Minggu Pusat Sumber

Pusat Sumber Sekolah merupakan salah satu nadi utama yang menjamin keberhasilan pelajar dan kecemerlangan pelajar. Selain mewujudkan prasarana Pusat Sumber yang sesuai dan menarik, minat para pelajar untuk mengunjungi Pusat Sumber juga haruslah sentiasa disemai dan dipupuk dari masa ke semasa. Tujuan utama Minggu Pusat Sumber ini diadakan adalah menambah pengetahuan pelajar mengenai Pusat Sumber Sekolah, Menarik minat pelajar untuk mengunjungi seterusnya menggunakan Pusat Sumber Sekolah dengan berkesan, melatih para pengawas Pusat Sumber Sekolah untuk menganjurkan dan mengendalikan program dan menambah bilangan koleksi di Pusat Sumber Sekolah.

Minggu Bahasa Arab 2012

Minggu Bahasa Arab peringkat SK Taman Bukit Mewah telah berjalan pada 9 April sehingga 13 April baru-baru ini yang dikendalikan oleh Panitia Bahasa Arab. Minggu Bahasa Arab ini dirasmikan dengan sempurna oleh Guru Besar SK Taman Bukit Mewah, Pn Hjh Noor Siah Binti Sihes dengan disaksikan seluruh warga SKTBM di dewan Seri Mewah. Minggu Bahasa Arab ini bertujuan untuk menanam minat murid mempelajari Bahasa Arab bersesuaian dengan matlamat untuk memperluaskan penggunaan bahasa arab di sekolah rendah melalui program J-QAF.

Jawatan Kosong

Gotong Royong Cegah Denggi

 Pihak Sk Taman Bukit mewah telah mengadakan satu program Gotong Royong Cegah Denggi dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru pada 21 Mac baru-baru ini. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan tentang penyakit yang disebabkan oleh bawaan vektor, nyamuk aedes, Penyakit Denggi.


Program 1 Murid 1 Sukan

Dasar 1M 1S dapat memberi peluang secara menyeluruh kepada semua murid melibatkan diri dalam sukan secara lebih terurus dan terancang serta mengimbangkan fokus atau penekanan dalam melahirkan modal insan secara holistik ke arah pembinaan masyarakat Malaysia yang berdaya saing tinggi.

Dasar ini juga menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat, semangat muhibah, kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan fizikal yang memberi satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatupadu serta memupuk semangat cintakan negara.

Dalam jangka masa panjang, dasar ini berhasrat membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing tinggi.

Perjalanan program 1Murid 1Sukan diSK Taman Bukit Mewah.....

Pertandingan Ragbi Terbuka Johor 2012

Berikut adalah gambaran bagi pasukan ragbi SK Taman Bukit Mewah sekitar Pertandingan Ragbi Terbuka Sekolah Negeri Johor 2012 yang telah berlangsung di SK Temenggong Abdul Rahman 1 baru baru ini

Sekitar Perasmian Minggu Matematik 2012

Minggu Matematik merupakan salah satu program tahunan yang bertujuan untuk menyemai dan menanam minat pelajar terhadap matapelajaran yang boleh dikatakan sangat penting dalam kehidupan seharian. Selain daripada itu, melalui program ini ia dapat membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan berketrampilan mengaplikasikanpengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan danbertanggungjawab dalam kehidupan seharian. Berikut adalah gambaran tentang perjalanan program ini.


Sijil Kedatangan 100 Peratus

Bagi menggalakkan pelajar datang ke sekolah, pihak sekolah telah mengadakan satu program iaitu memberi sijil penghargaan kepada pelajar yang hadir 100 peratus setiap kali pengumuman keputusan peperiksaan atau ujian bulanan sepanjang tahun 2012.

Penyampaian Hadiah Pelajar Nilam

Membaca merupakan salah satu amalan yang sangat dititikberatkan dalam menentukan kejayaan seseorang. Dengan membaca para pelajar dapat menambahkan pengetahuan dan mendalami ilmu yang telah sedia ada. Untuk menarik minat pelajar membaca, Unit Pusat Sumber Sekolah (PSS) menganjurkan satu pertandingan bagi menghargai pelajar yang banyak membaca melalui Anugerah Nilam pada setiap bulan.  Berikut adalah beberapa pelajar yang berjaya menjadi pelajar terbanyak membaca buku pada bulan Mac 2012.

Penyampaian Hadiah Pasukan Bola Baling

Tahniah kepada semua ahli pasukan Bola Baling Perempuan dan Lelaki SK Taman Bukit Mewah kerana telah berjaya merangkul tempat kedua dan keempat dalam Pertandingan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah (MSS) Zon Bandar pada 27 Februari baru-baru ini. Selain dari itu, pihak sekolah juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam latihan peringkat sekolah. Diharap pasukan bola baling akan meningkatkan kecemerlangan untuk pertandingan-pertandingan yang akan datang.