aaaaaaaaaaaaa
Ragbi Peringkat MSSJ
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Dalam Pertandingan Ragbi Sentuh Peringkat Sekolah-Sekolah Johor, dua pelajar SK Taman Bukit Mewah telah berjaya dalam pemilihan untuk mewakili Daerah Johor Bahru ke pertandingan tersebut. Pelajar tersebut ialah Adik Muhammad Suffi Izzat Bin Hazazi dan adik Ameerul Haziq Bin Azahari. Dalam pertandingan peringkat negeri johor ini, Pasukan Johor Bahru telah berjaya menduduki tempat ke-3 dan mengharumkan nama Daerah Johor Bahru amnya dan SK Taman Bukit Mewah khasnya.
Pertandingan Pakaian Beragam
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Pertandingan Pakaian Beragam ini merupakan salah satu aktiviti sempena Minggu Pusat Sumber Sekolah. Pertandingan ini hanya melibatkan pelajar-pelajar dari semua kelas tahap 1. Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang begitu hangat terutamanya dari guru-guru kelas tahap 1. Berikut adalah gambaran sekitar perandingan ini berlangsung.
Teknik Menjawab - Bahasa Inggeris
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Pihak Sekolah dan Panitia Bahasa Inggeris telah mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Soalan Bahasa Inggeris pada minggu lepas. Tujuan utama bagi menambahkan lagi pemahaman serta pengetahuan pelajar-pelajar tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan pada bulan september nanti. Selain dari pelajar-pelajar tahun 6, semua guru dibawah Panitia Bahasa Inggeris juga turut terlibat dalam bengkel ini.
Perasmian Minggu Pusat Sumber
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Minggu Pusat Sumber Sekolah, SK Taman Bukit Mewah telah dirasmikan pada 16 April 2012 di dewan Seri Mewah dengan disaksikan oleh semua guru dan pelajar SK Taman Bukit Mewah. Majlis perasmian Minggu Pusar Sumber peringkat sekolah ini telah disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan 1, En Isa Bin Jupri. Minggu Pusat Sumber ini anjuran Pusat Sumber Sekolah di bawah penyelarasnya, Cik Siti Zubaidah Bte Yusof. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi mencapai objektif dan sasaran Minggu Pusat Sumber Sekolah ini.
Pertandingan Ragbi MSS Johor Bahru
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Pertandingan Ragbi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Johor Bahru telah berlangsung pada Jumaat, 13 April baru baru ini dan SK Taman Bukit Mewah terpilih sebagai tuan rumah. Di pertandingan ini, sebanyak sembilan buah sekolah telah meyertai bagi mewakili zon masing-masing. Pada pertandingan ini, sekolah telah menghantar dua pasukan dan pasukan SKTBM A telah berjaya menduduki tempat yang ke-tiga di kejohanan ini. Tempat pertama dan kedua masing-masing dipengan oleh pasukan SK Taman Perling A dan SK Tampai.
















