Majlis Berbuka Puasa 2012
Posted by
-
on 30 November, 2012
Labels:
sdea
/
Majlis Berbuka Puasa sempena sambutan bulan Ramadhan ini telah dianjurkan bersama oleh Unit Hal Ehwal Murid dan Panitia Agama Islam Sk Taman Bukit Mewah. Tujuan utama majlis ini dijalankan adalah untuk meraikan anak-anak yatim serta memberi sumbangan bagi meringankan bebanan yang dihadapi oleh mereka dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Ihyak Ramadhan 2012
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Ihyak Ramadhan merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan sempena bulan Ramadhan dan bermulanya ibadat puasa bagi sekelian umat Islam. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan oleh Panitia Agama Islam SK Taman Bukit Mewah antaranya ialah Tadarus Al-Quran, Pertandingan Bercerita, Nasyid, Kuiz dan banyak lagi. Berikut adalah sekitar Sambutan Ihyak Ramadhan 2012.
Measurement and Properties Of Materials
Posted by
-
Labels:
Siti
/
Bagi tahun 4, Aktiviti yang telah dijalankan merupakan aplikasi tentang topik-topik yang telh mereka pelajari di dalam kelas. Tujuan utama aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang cara-cara pengukuran yang betul dan mengetahui sifat-sifat bahan atau objek dengan lebih mendalam secara praktikal.
Pertandingan Payung Terjun
Posted by
-
Labels:
Md Khairil
/
Pertandingan Payung Terjun ini hanya terbuka kepada pelajar tahun 5 sahaja. Pertandingan ini bertujuan mengasah kreativiti dan mengadaptasikan kemahiran yang sedia ada bagi memperolehi hail yang diharapkan. Pertandingan Payung Terjun ini telah dijalankan pada 19 Julai 2012 dan sebanyak 21 kumpulan telah terlibat dalam aktiviti ini. Berikut adalah gamabaran sekitar aktiviti ini.
Pertandingan Mereka Model Roket
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Pertandingan Mereka Dan Melancar Model Roket adalah merupakan salah satu ativiti Minggu Sains yang begitu diminati oleh pelajar-pelajar terutamanya pelajar tahun 6. Tujuan utama aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang konsep daya, ketepatan masa dan kestabilan serta kreativiti mereka dalam mereka bentuk model roket. Berikut adalah gambaran sekitar aktiviti tersebut.
Minggu Sains 2012
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Minggu Sains 2012 pada kali ini dijalankan dengan lebih meriah lagi dengan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik berbanding dengan tahun-tahun yang sudah, ditambahkan lagi Minggu Sains 2012 ini dianjurkan bersama dengan Panitia Sains, Panitia Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Dan Panitia Kemahiran Hidup dengan bermaktlamatkan untuk memberi lebih ruang impak kesedaran dan semangat dalam jiwa warga SKTBM melalui aktiviti yang berteraskan pendidikan di luar darjah untuk mencapai kecemerlangan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dan kesemuanya melibatkan aktiviti berkumpulan, antaranya ialah
- Tahun 1 - Pertandingan Fungsi Deria, Haiwan dan Komputer
- Tahun 2 - Pertandingan Diet Haiwan, Pengkelasan Makanan Dan Komputer
- Tahun 3 - Pertandingan Magnetic Fishing dan Complete Circuit.
- Tahun 4 - Pertandingan Measurement dan Properties of Materials
- Tahun 5 - Pertandingan Payung Terjun.
- Tahun 6 - Pertandingan Mereka Model Roket
Penyerahan 500 Naskah Al-Quran
Posted by
-
on 29 July, 2012
Labels:
sdea
/
Al-Quran Dan Hadis merupankan pedoman hidup bagi semua umat manusia. Oleh itu, Ianya sangat berguna dan penting dalam mendepani hidup mengikut jalan yang betul. Penyerahan 500 naskah Al-Quran kepada SK Taman Bukit Mewah merupakan satu usaha yang amat murni oleh Persatuan Bekas Pelajar Maktab Perguruan Perempuan Melaka (MPPM) dalam mendidik dan membantu serta membentuk warga SK Taman Bukit Mewah menjadi warga yang bersahsiah tinggi dan berakhlak mulia. Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada semua bekas pelajar MPPM diatas segala sumbangan ini.
























