Sumbangan Buku Untuk Perpustakaan SKTBM

PERPUSTAKAAN SK TAMAN BUKIT MEWAH MENGALAMI MASALAH KEKURANGAN BAHAN BACAAN. JUSTERU, SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MEMBERIKAN SUMBANGAN TERSEBUT BOLEHLAH BERHUBUNG DENGAN GURU MEDIA, CIK SITI ZUBAIDAH BINTI YUSOH ATAUPUN GURU PERPUSTAKAAN, PUAN AYU SARAH BINTI ABDULLAH. SUMBANGAN DITERIMA DALAM BENTUK BUKU-BUKU YANG TERPAKAI, BUKU BARU YANG DIDERMAKAN ATAUPUN DALAM BENTUK SUMBANGAN WANG TUNAI. SEMOGA SUMBANGAN YANG DIBERIKAN DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA WARGA SK TAMAN BUKIT MEWAH.


" BANGSA MEMBACA, BANGSA BERJAYA"

Perkhemahan 2010


Keputusan UPPM 2


Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar tahun 6 dan guru SK Taman Bukit Mewah kerana berjaya meningkatkan peratus menguasai sebanyak 8.4 peratus berbanding dengan UPPM 1 yang lalu. Walaupun tidak dapat mencapai sasaran yang diunjurkan, tetapi melalui usaha dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para pelajar dan guru serta ibubapa, Insyaallah, UPPM3 dapat mengatasi sasaran 68.77 peratus.

Peperiksaan UPPM 2

Berikut adalah suasan peperiksaan UPPM2 bagi pelajar-pelajar tahun 6 SK Taman Bukit Mewah. Peperiksaan ini telah berjalan pada 25 hingga 28 Mei 2010 bagi subjek teras dan 1 hingga 4 Jun 2010 bagi subjek elektif. Syabas diucapkan kerana kesungguhan dan kegigihan dalam menjawab soalan yang disediakan.

Persembahan Panitia Matematik

Gambar di atas menunjukkan satu persembahan "Poem" yang dikendalikan oleh Panitia Matematik pada Isnin bagi menutup perhimpunan terakhir penggal pertama persekolahan bagi sesi persekolahan 2010. Persembahan kali ini disertai oleh semua pelajar tahun 5 Arif yang diketuai oleh adik Afiqah Zafiera Bte Hj Asri.

Persembahan Bahasa Inggeris


Persembahan mingguan bagi Panitia Bahasa Inggeris pada kali ini disempurnakan oleh adik Afiqah Zafiera Bte Hj Asri. Poem yang sampaikan oleh adik Zafiera adalah berkenaan dengan penggunaan "a, an and the"...

Gotong Royong bersama PIBG

Gotong royong anjuran bersama pihak SK Taman Bukit Mewah dan PIBG merupakan aktiviti yang bertujuan untuk menceriakan dan mengindahkan kawasan sekolah. Gotong royong ini telah diadakan pada 22 dan 23 Mei 2010. Berikut adalah gambar sekitar aktiviti ini dijalankan......

Sambutan Hari Guru 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat SK Taman Bukit Mewah disambut dengan begitu meriah. Sambutan ini dikelolakan dan dikendalikan sepenuhnya oleh Badan Kebajikan Guru Dan Kakitangan SK Taman Bukit Mewah. Pelbagai acara menarik telah dijalankan yang melibatkan guru-guru serta murid-murid SK Taman Bukit Mewah.Berikut adalah gambaran sekitar sambutan tersebut....

Selamat Hari Guru

Jadilah seorang guru yang...
Hadirnya ditunggu,
Hilangnya Dirindu, 
Ilmunya diburu, 
Nasihatnya diseru,
Tingkahlakunya ditiru, 
Selamat Hari Guru....

Patut Diikuti....

Khusyuk semasa bacaan Surah Yasin di pagi Jumaat. Itulah satu contoh yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar SK Taman Bukit Mewah.