Kem Bestari Solat 2012

Kem Bestari Solat bagi pelajar thun 6 dan tahun 5 telah diadakan pada sabtu baru-baru ini. Program ini merupakan salah satu program yang dirancang bagi memantapkan lagi kefahaman dan kebolehan pelajar dalam menguasai Ilmu Fardhu Ain. Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Panitia Agama Islam dibantu oleh Guru-Guru J-Qaf SK Taman Bukit Mewah.





Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) 1

Sesi persekolahan 2012 bagi warga Pendidik SK Taman Bukit Mewah diberi suntikan semangat melalui Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang bertajuk "Inovasi dan Kredibiliti Dalam Kepimpinan". Pembukaan LDP pada sesi persekolahan tahun ini telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Pelajaran (Rendah) Daerah Johor Bahru, En. Jamaluddin Bin A. Rahman pada Isnin 2 Januari 2012 baru-baru ini. Tujuan utama LDP ini adalah bagi meningkatkan tahap kebolehan guru-guru membuat perubahan baru dalam pelaksanaan pengurusan pendidikan di SK Taman Bukit Mewah bagi melonjatkan lagi prestasi SK Taman Bukit Mewah.


Hari-Hari Kelepsan Am Tahun 2012

Berikut adalah hari-harim kelepasan am bagi negeri Johor bagi sesi persekolahan 2012


Bil Hari Kelepasan Tarikh
1 Tahun Baru Cina 23-24 Jan 2012
2 Thaipusam 7 Feb 2012
3 Maulidur Rasul 5 Feb 2012
4 Hari Keputeraan Sultan Johor 22 Nov 2012
5 Hari Pekerja 1 Mei 2012
6 Hari Wesak 5 Mei 2012
7 Hari Keputeraan DYMM Agong 2 Jun 2012
8 Hari Hol Almarhum Sultan Johor 20 Dis 2012
9 Awal Ramadhan 21 Julai 2012
10 Hari Kebangsaan 31 Ogos 2012
11 Hari Raya Puasa 19-20 Ogos 2012
12 Deepavali 13 Nov 2012
13 Hari Raya Haji 26-27 Okt 2012
14 Awal Muharam 15 Nov 2012
15 Hari Krismas 25 Dis 2012

Hari Persekolahan Sesi 2012

Berikut adalah tentang maklumat tarikh persekolahan dan cuti bagi sesi persekolahan 2012


PENGGAL CUTI DAN HARI PERSEKOLAHAN TARIKH MULA TARIKH AKHIR
PERTAMA HARI PERSEKOLAHAN 4 JAN 2012 9 MAC 2012
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 10 MAC 2012 18 MAC 2012
HARI PERSEKOLAHAN 19 MAC 2012 25 MEI 2012
CUTI PERTENGAHAN TAHUN 26 MEI 2012 10 JUN 2012
KEDUA HARI PERSEKOLAHAN 11 JUN 2012 17 OGOS 2012
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 18 OGOS 2012 26 OGOS 2012
HARI PERSEKOLAHAN 27 OGOS 2012 9 NOV 2012
CUTI AKHIR TAHUN 10 NOV 2012 1 JAN 2013

Apa Itu Device Manager


Salah satu perkara yang perlu bagi setiap pemilik/pengguna komputer tahu tentang komponen-komponen yang terdapat dalam setiap komputer. Untuk mengetahui apa yang ada di dalam komputer anda TANPA membukanya dan juga meng-install apa-apa program tambahan, anda hanya perlu membuka apa yang dipanggil ‘Device Manager’. Untuk maklumat lanjut sila download artikal di dalam ruangan TIP BERGUNA dalam blog ini.......

Tukar Tulisan Rumi kepada Jawi

Ejawi.net adalah laman web yang dapat menukarkan tulisan rumi kepada tulisan jawi. Anda hanya perlu taipkan ayat pada ruang yang disediakan, dan tekan butang Convert. Tulisan jawi akan dipaparkan, dan anda boleh salin teks tersebut seperti biasa..... Untuk maklumat seterusnya, anda boleh mendownload maklumat lebih lanjut diruangan "TIP BERGUNA" di laman blog ini.

Tahniah!!!!

Tahniah kepada guru-guru SK Taman Bukit Mewah yang mendapat cahaya mata baru-baru ini. Semoga dengan adanya ahli baru ini dapat mengeratkan dan membahagiakan lagi mahligai yang telah dibina selama ini.



Ribuan Terima Kasih

Itulah ucapan yang dapat diucapkan pada kesemua guru-guru dan staf SK Taman Bukit Mewah yang telah dan akan berpindah ke sekolah yang baru. Salah satu tujuan utama jamuan akhir tahun baru-baru ini adalah bagi meraikan guru-guru dan staf-staf SKTBM ini diatas jasa dan sumbangan mereka dalam menjayakan semua aktiviti dan program sekolah selama mereka berkhidmat disini. Diharap semua usaha murni mereka selama berkhidmat di SKTBM diteruskan lagi di tempat baru. Antara mereka yang berpindah ke sekolah baru adalah
  • En. Mohd Khafiz Bin Md Ali
  • En. Hasnul Bin Ramlan
  • Pn. Marzuin Bin Abd Hamid
  • Pn. Suzana Bin Yaakub
  • En. Noor Rofadzly Bin Karim
  • En. Yusak Bin Yaacub
Jasa kian emua tetap dikenang!!!!!




 

Jamuan Akhir Tahun 2011

Jamuan Akhir Tahun 2011 anjuran KGKT ini merupakan jamuan yang dirancangkan bagi meraikan semua warga pendidik, wakil PIBG dan staf SK Taman Bukit Mewah bagi sesi persekolahan 2011 ini. Jamuan makan tengahari ini telah diadakan di Hotel Selesa Johor Bahru pada Rabu 23 November 2011 baru-baru ini. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya cabutan nombor bertuah, kuiz sms terpantas, Persembahan guru-guru SKTBM dan penyampaian hadiah guru yang mendapat cahaya mata. 



Pendaftaran Pelajar Tahun 1 2012

Pendaftaran pelajar-pelajar tahun 1 2012 telah diadakan pada Sabtu, 19 November 2011 baru-baru ini. Pendaftaran awal bagi pelajar tahun 1 ini dijalankan lebih awal kerana memudahkan pihak pengurusan sekolah menyusun dan mengendalikan pelajar-pelajar ini pada sesi persekolahan 2012 pada awal januari 2012 nanti. Selain daripada itu, pihak pengurusan sekolah juga memberi penerangan ringkas tentang perjalanan persekolahan 2012 kepada ibubapa dan juga penjaga. pada hari yang sama, pelajar-pelajar telah menjalankan satu ujian bagi menguji kemahiran yang dimiliki bakal pelajar-pelajar tahun 1 untuk penentuan kelas pada sesi persekolahan 2012 nanti.