Rugby Iskandar Challenge 2012 merupakan salah satu acara ragbi
tahunan yang dianjurkan oleh Johor Rugby Union (JRU) yang bertujuan untuk
mengasah bakat dan meningkatkan kemahiran dalam permainan ragbi terutamanya
bagi pelajar-pelajar seluruh Johor. Pada kejohanan tahun ini, unit sukan SK
Taman Bukit Mewah telah menghantar satu pasukan bagi mewakili sekolah dalam
kategori bawah 11 tahun. Di kejohanan
pada kali ini, pasukan sekolah telah Berjaya melepasi peringkat suku akhir
dalam kategori plate dan ia merupakan satu pencapaian yang amat baik. Pasukan
yang mewakili sekolah pada kali ini merupakan pasukan pelapis sekolah untuk
tahun hadapan dan ia merupakan pendedhan yang amat berguna dan bermakna untuk
pasukan di bawah bimbingan En Md Khairil Izmi dan En. Syah Rizal ini.
Sumbangan Bermakna Dari YPJ
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Pihak Pengurusan SK Taman Bukit Mewah mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pihak Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) kerana sudi
menyumbangkan lima Buah komputer kepada SK Taman Bukit Mewah. Penyerahan
sumbangan ini telah disempurnakan oleh En. Mohd Daud Bin Osman, Pengurus Unit
Perancangan Dan Pelaburan, Yayasan Pelajaran Johor kepada pihak pentadbiran
sekolah. Sumbangan ini amat penting kepada pihak sekolah dalam meningkatkan
lagi kecekapan dari Aspek P&P dan pengurusan SK Taman Bukit Mewah.
Sumbangan Bagi Perindahkan Lanskap Sekolah
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Bagi mengindahkan lagi persekitaran sekolah, pelbagai
aktiviti telah dijalankan oleh pihak sekolah bersama dengan pihak PIBG SK Taman
Bukit Mewah. Salah satu aktiviti yang telah dijalankan baru-baru ini adalah
Majlis Penyerahan Dan Penanaman Pokok Hiasan yang telah disempurnakan oleh
Datuk Nur Jazlan Bin Tan Sri Mohammed, Ahli Parlimen Pulai dan wakil dari
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MPJB). Majlis ini diadakan bersama-sama dengan
Program Jom Bersih Taman anjuran KRT Taman Bukit Mewah yang dipengerusikan oleh
En. Yusaini Bin Ali yang juga YDP PIBG SK Taman Bukit Mewah.
Motivasi Tahun 6
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Program motivasi tahun 6 pada kali ini telah diadakan di Kolej Tun Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) baru-baru ini..
Objektif program ini ialah untuk:
- memberi dorongan dan semangat kepada murid-murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR tahun ini.
- memberi kesedaran kepada murid-murid tahun 6 untuk menghadapi UPSR.
- meningkatkan pencapaian UPSR dari segi kualiti dan kuantiti.
Diharap program ini dapat memberikan
manfaat kepada semua murid tahun 6 dan terima kasih kepada ibu
bapa/penjaga dan semua pihak yang telah memberikan kerjasama bagi
menjayakan program motivasi ini.
Litar Elektrik dan Solar Sistem
Posted by
-
on 12 May, 2012
Labels:
sdea
/
Dapatkan program simulasi untuk membina sendiri Litar Elektrik dan Solar Sistem terutamanya bagi pelajar-pelajar tahap 2 lebih-lebih lagi pelajar tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Program simulasi ini memudahkan pelajar-pelajar memahami konsep tentang topik elekrik dan solar sistem. Nama program ini ialah "Circuit Construction Kit" dan "My Solar System" yang boleh didownload di ruangan Program di laman blog SK Taman Bukit Mewah ini.
**Pastikan komputer anda di'install' dengan Program Java untuk menjalankan program simulasi ini.
Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) 2
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) kali ke dua ini adalah berkenaan dengan Perintah Am Perkhidmatan Awam, Bab C-Cuti. Tujuan utama LDP ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada guru-guru dan kakitangan SK Taman bukit Mewah tentang prosedur-prosedur berkaitan dengan pengambilan cuti dan cuti-cuti yang boleh di ambil oleh penjawat awam.
Zikir Asma Al-Husna
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Pihak Pentadbiran SK Taman Bukit Mewah dengan kerjasama Panitia Agama Islam telah mengadakan Zikir Asma Al-Husna bersama-sama semua warga SK Taman bukit Mewah yang beragama Islam. Tujuan utama majlis zikir ini diadakan adalah bertujuan untuk mencari keberkatan serta keredhaan Allah dalam semua aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan di peringkat sekolah sepanjang sesi persekolahan 2012.
Kem Bestari Solat Tahun 5
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Pihak sekolah dan Panitia Agama Islam serta J-QAF telah mengadakan kem bestari solat untuk semua pelajar-pelajar tahun 5 pada 18 April baru-baru ini. Tujuan utama kem ini diadakan ialah murid
dapat berwudhuk dan tayammum dengan sempurna, murid dapat melaung dan
melafazkan azan dengan betul, murid dapat menjawab azan dan iqamah dengan betul
dan murid dapat membaca doa selepas azan dan iqamah dengan betul. Berikut adalah gambaran perjalanan sekitar Kem Bestari Solat ini.
