Latihan Dalam Perkhidmatan kali ke-2 ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru SK Taman Bukit Mewah tentang pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Sistem Pentaksiran Peringkat Kebangsaan (SPPK) bagi tahun 1 bermula 2011. LDP kali ini dijalankan dengan menjemput peceramah khas dari SK Infant Jesus Convent. Pendedahan ini amat penting bagi mengtahui peranan-peranan guru dalam menentukan perjalanan PBS dan SPPK di sekolah serta rasionalnya sistem ini dijalankan kepada murid-murid.