Lawatan ke SMK Teknik Johor Bahru ini telah diadakan pada 30 Mac 2011 yang disertai oleh pelajar-pelajar tahun 4 Arif dan 5 Arif. Lawatan ini diadakan sempena Pameran Sains yang dianjurkan oleh SMK Teknik Johor Bahru dan PPD Johor Bahru dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Perbagai aktiviti yang menarik telah diadakan antaranya ialah Pertunjukkan Eksperimen Sains, Pameran dari Jabatan Bomba, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi, Universiti Teknologi Malaysia, Sistem Amaran Tsunami dan Gempa Bumi dan banyak lagi. Tujuan lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kepentingan ilmu sains, perkembangan semasa teknologi di Malaysia dan aplikasi pengetahuan sains dalam kehidupan seharian.
Minggu Anti-Dadah
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Minggu Anti-Dadah peringkat SK Taman Bukit Mewah telah dirasmikan dengan penuh kemeriahan oleh Guru Besar SK Taman Bukit Mewah, Pn Hjh Noor Siah Binti Siah pada 28 Mac 2011 baru-baru ini. Minggu Anti-Dadah dengan rasminya telah berlangsung pada 28 Mac sehingga 1 April 2011 ini disajikan dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Antara aktiviti yang disediakan oleh Penyelaras Anti-Dadah Sekolah, Cik Nor Farhanah Bte Tahir ialah Pertandingan Melukis Poster, Mendeklamasikan Sajak, Mewarna Poster, tayangan video anti-dadah dan Pameran Anti-Dadah. Tujuan utama Minggu Anti-Dadah ini ialah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar SK Taman Bukit Mewah tentang bahayanya penyalahgunaan dadah serta kesannya terhadap organisasi keluarga, masyarakat dan negara.
Kunjungan Team Solivite Ke SKTBM
Posted by
-
Labels:
sdea
/
LDP 3 - Pengurusan Murid Bukan Warganegara
Posted by
-
on 26 March, 2011
Labels:
sdea
/
Latihan Dalam Perkhidmatan 3 (LDP3) telah disampaikan oleh seorang pegawai yang berpengalaman dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ), En. Mohd Azmi bin Hj. Abdul Rahman dalam dalam pengurusan kemasukan murid bukan warganegara ke sekolah bantuan kerajaan. Tujuan utama LDP ini diadakan adalah bertujuan memberi pendedahan kepada guru-guru dan staf SK Taman Bukit Mewah dalam menguruskan pelajar yang berstatus bukan warganegara.
LDP 2 - Sistem Pentaksiran Peringkat Kebangsaan (SPPK)
Posted by
-
on 09 March, 2011
Labels:
sdea
/
Penyampaian Pingat kepada Pasukan Bola Baling 2011
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Tahniah kepada pasukan bola baling SK Taman Bukit Mewah kerana berjaya menempatkan SKTBM ketangga ke-empat dari lapan buah pasukan yang bertanding. Seramai empat orang wakil dari SK Taman Bukit Mewah terpilih bagi pemilihan wakil Zon Bandar, mereka ialah Mohammad Yusof, Ega Masrizal, Sharizal Fitri dan Muhammad Noorfaez. Syabas dan Tahniah diucapkan...
MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER, KETUA KELAS DAN PENOLONG KETUA KELAS
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Majlis Pelantikan dan Penyerahan Watikah Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Ketua Kelas dan Pen.Ketua Kelas sesi 2011 telah diadakan pada:
Hari : Isnin
Tarikh : 7 Mac 2011
Setelah 2 bulan menjalani tempoh percubaan kesemua pengawas pusat sumber sekolah, ketua kelas dan penolong ketua kelas menerima watikah pelantikan masing-masing.
Puan Salmiah Binti Ahmad, Guru Penolong Kurukulum telah menyempurnakan majlis tersebut. Adik Muhamad Muhammad Idham Bin Khamis telah dipilih menjadi Ketua Pengawas Pusat Sumber dan Penolongnya pula Noor Nazurah Binti Zulkiflee. Tahniah dan syabas kepada mereka yang terpilih dan selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.
Bola Baling MSS Zon Bandar 2011
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Pertandingan Bola Baling Peringkat MSS Zon Bandar telah diadakan pada 3 Mac 2011 yang bertempat di SK Kampung Maju Jaya. Dalam pertandingan ini, Pihak SK Taman Bukit Mewah telah menghantar pasukan lelaki dibawah bimbingan jurulatih, En Mohd Khafiz Bin Mohd Ali manakala pasukan perempuan dilatih ole Pn Ayu Sarah Bte Abdullah. Dalam pertandingan kali ini, kedua-dua pasukan sekolah ini telah menduduki tempat yang ke-empat.
Sambutan Maulidur Rasul 1432
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Sambutan Maulidur Rasul peringkat SK Taman Bukit Mewah telah diadakan pada hari Khamis, 3 Mac 2011. Tahniah diucapkan kepada Panitia Pendidikan Islam kerana sambutan maulidur Rasul pada kali ini adalah yang paling meriah berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Apa yang membanggakan, pelbagai pihak terutamanya ibubapa dan penjaga banyak memberi sumbangan ikhlas dalam menjayakan acara tahunan ini. Pihak pengurusan sekolah ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua ibubapa dan penjaga yang memberi kerjasama yang tak terhingga kepada pihak sekolah. Semoga dengan keikhlasan ini, ianya dapat memupuk semangat perpaduan antara pihak sekolah dan ibubapa serta penjaga.
Watikah Perlantikan Pengawas 2001
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Watikah Pelantikan Pengawas SK Taman Bukit Mewah bagi sesi 2011 telah disempernakan oleh Guru Besar SK Taman Bukit Mewah, Pn Hjh Noor Siah Binti Sihes yang bertempat di dataran kejat pada 28 Feb 2011 baru-baru ini. Dalam upacara ini, bacaan ikrar para pengawas yang diketuai oleh Ketua dan Penolong Pengawas dan penyampaian sijil Pelantikan Pengawas 2011.
