Penyampaian Hadiah Minggu Matematik 2011

Tahniah kepada semua peserta yang berjaya merangkul hadiah dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang Minggu Matematik 2011. Penyampaian hadiah ini telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Taman Bukit Mewah, Pn Hjh Noor Siah Binti Sihes.




Aktiviti Minggu Matematik

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sempena minggu Matematik  pada tahun ini. Kesemua aktiviti ini bertujuan menarik minat pelajar tentang kepentingan matematik dan kelebihan-kelebihan menguasai ilmu yang amat berguna ini. Berikut adalah aktiviti yang telah dijalankan sepanjang minggu tersebut.
  • Kuiz (Tahun 3) - Isnin, 25 April 2011
  • Kuiz Perdana (Tahun 4) - Isnin, 25 April 2011
  • Kursus Abacus (Tahun 1) - Selasa, 26 April 2011
  • Treasure Hunt (Tahun 5) - Rabu, 27 April 2011
  • Kuiz Masmo (Tahun 5&6) - Rabu, 27 April 2011
  • Happy Counting (Tahun 1) - Khamis, 28 April 2011
  • Kuiz (Tahun 2) - Jumaat, 29 April 2011
  • Liga Dam Ular (Tahun 6) - Waktu P&P

Perasmian Minggu Matematik 2011


Minggu Matematik 2011 SK Taman Bukit Mewah yang dianjurkan oleh Panitia Matematik bermula dari 25 April hingga 29 April 2011 baru-baru ini. Majlis Perasmian Minggu Matematik ini telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Taman Bukit Mewah, Pn Hjh Noor Siah Bte Sihes dengan disaksikan seluruh warga SKTBM.

Johan Ragbi MSSD Johor Bahru

Tahniah kepada pasukan ragbi SKTBM A dan SKTBM B kerana berjaya meletakkan SK Taman Bukit Mewah di tempat teratas dan ke-empat dalam pertandingan ragbi MSSD Johor Bahru baru-baru ini. Kejayaan ini merupakan hadiah kepada semua warga SK Taman Bukit Mewah terutama Unit KOKO yang telah banyak mengembeling tenaga untuk pasukan sekolah ini.




Laporan Penggunaan Zoom-A

 Berikut adalah peratusan penggunaan Zoom-A sehingga bulan Mac 2011 bagi pelanggan Zoom-A tahap 2

Tahun 4
JUMLAH 4 ARIF 4 BESTARI 4 CERDIK
PENGGUNAAN JUM. % JUM. % JUM. %
JUMLAH AKSES 169 46.69 135 37.3 58 16.0
JUMLAH LATIHAN 128 48.12 105 39.5 33 12.4
LATIHAN BAHASA MELAYU 23 40.35 32 56.1 2 3.5
LATIHAN BAHASA INGGERIS 25 34.72 32 44.4 15 20.8
LATIHAN MATEMATIK 20 36.36 26 47.3 9 16.4
LATIHAN SAINS 60 73.17 15 18.3 7 8.5


Tahun 5
JUMLAH 5 ARIF 5 BESTARI 5 CERDIK
PENGGUNAAN JUM. % JUM. % JUM. %
JUMLAH AKSES 268 44.44 296 49.09 39 6.47
JUMLAH LATIHAN 323 56.27 211 36.76 40 6.97
LATIHAN BAHASA MELAYU 68 30.09 153 67.70 5 2.21
LATIHAN BAHASA INGGERIS 144 72.36 24 12.06 31 15.58
LATIHAN MATEMATIK 33 71.74 11 23.91 2 4.35
LATIHAN SAINS 78 75.73 23 22.33 2 1.94


Tahun 6
JUMLAH 6 ARIF 6 BESTARI 6 CERDIK
PENGGUNAAN JUM. % JUM. % JUM. %
JUMLAH AKSES 366 18.08 1230 60.77 428 21.15
JUMLAH LATIHAN 324 15.61 1160 55.88 592 28.52
LATIHAN BAHASA MELAYU 84 11.59 477 65.79 164 22.62
LATIHAN BAHASA INGGERIS 105 22.34 190 40.43 175 37.23
LATIHAN MATEMATIK 26 5.46 273 57.35 177 37.18
LATIHAN SAINS 109 26.91 220 54.32 76 18.77

Pelajar Aktif Zoom-A

Pentadbir dan Unit ICT SK Taman Bukit Mewah bersetuju untuk memberi hadiah bulanan kepada  pelanggan yang paling banyak membuat latihan dengan menggunakan Zoom-A. Berikut adalah pelajar yang banyak membuat latihan dengan menggunakan Zoom-A sehingga akhir bulan Mac 2011.
  • Idlan Aiman Bin Mohd Isya' (4 Bestari)
  • Yuvenraj a/l Supramaniam (5 Bestari)
  • Mohamad Aiman Syafiq Bin Shapi'ai (6 Bestari)
Diharap, dengan adanya pemberian hadiah ini akan memberi galakkan dan dorongan kepada semua pelanggan Zoom-A untuk  meningkatkan lagi penggunaan Zoom-A seterusnya menambahkan pengetahuan yang sedia ada.


Tahniah..... Pasukan Ragbi SKTBM

Tahniah kepada pasukan Ragbi Sk Taman Bukit Mewah kerana telah berjaya mengungguli Kejohanan Ragbi MSSD Johor Bahru 2011 baru-baru ini. Kedua-dua pasukan sekolah ini (SKTBM A dan SKTBM B) telah berjaya menduduki tempat teratas dan ke-empat di kejohanan MSSDJB pada tahun ini. TAHNIAH dan SYABAS diucapkan........

Ragbi MSSD Johor Bahru

Pertandingan ragbi Majlis Sukan Sekolah Daerah Johor Bahru (MSSDJB) telah berlangsung pada 22 hingga 23 April 2011 bertempat di padang SK Taman Bukit Mewah. Dalam pertandingan kali ini, 12 pasukan dari sekolah-sekolah seluruh daerah Johor Bahru telah menyertai pertandingan ini. Berikut adalah keputusan pertandingan...



KEPUTUSAN AKHIR KEJOHANAN










JOHAN : SK TAMAN BUKIT MEWAH A
NAIB JOHAN : SK PERLING A
KE-TIGA : SK PERLING B
KE-EMPAT : SK TAMAN BUKIT MEWAH B






Jadual Pertandingan Minggu Bahasa Inggeris

Berikut adalah pertandingan-pertandingan yang telah diadakan sepanjang minggu Bahasa Inggeris yang telah berlangsung pada 18 April hingga 23 April 2011.

Isnin (18 April 2011)
  • Story Telling (Lashini a/p Ganesh Rao - 0745)
  • Hidden Objects Year 2 (P&P Bahasa Inggeris)
 Selasa (19 April 2011)
  • Open Quiz (0710-0720)
  • Kim's Game Year 3 (1030 - 1130)
Rabu (20 April 2011)
  • Open Quiz (0710 - 0720)
  • Win Lose Or Draw Year 5 (1030 - 1130)
Khamis (21 April 2011)
  • Open Quiz (0710 - 0720)
  • Spell It Right Year 4 & 6 (1030 - 1130)
Jumaat (22 April 2011)
  • Action Song Year 1 (1020 - 1120)
Sabtu (23 April 2011)
  • Talentime Year 2, 3, 4, 5 and 6 (1020 - 1130)

Minggu Bahasa Inggeris 2011

Perasmian Minggu Bahasa Inggeris telah disempurnakan oleh Guru Besar Sk Taman Bukit Mewah, Pn Hjh Noor Siah Bte Sihes di dewan Seri Mewah pada 18 April 2011 baru-baru ini. Minggu Bahasa Inggeris ini bertujuan menanam minat terhadap kepentingan dan penggunaan Bahasa Inggeris dikalangan warga SK Taman Bukit Mewah.