Latihan Dalam Perkhidmatan 3 (LDP3) telah disampaikan oleh seorang pegawai yang berpengalaman dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ), En. Mohd Azmi bin Hj. Abdul Rahman dalam dalam pengurusan kemasukan murid bukan warganegara ke sekolah bantuan kerajaan. Tujuan utama LDP ini diadakan adalah bertujuan memberi pendedahan kepada guru-guru dan staf SK Taman Bukit Mewah dalam menguruskan pelajar yang berstatus bukan warganegara.
LDP 2 - Sistem Pentaksiran Peringkat Kebangsaan (SPPK)
Posted by
-
on 09 March, 2011
Labels:
sdea
/
Penyampaian Pingat kepada Pasukan Bola Baling 2011
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Tahniah kepada pasukan bola baling SK Taman Bukit Mewah kerana berjaya menempatkan SKTBM ketangga ke-empat dari lapan buah pasukan yang bertanding. Seramai empat orang wakil dari SK Taman Bukit Mewah terpilih bagi pemilihan wakil Zon Bandar, mereka ialah Mohammad Yusof, Ega Masrizal, Sharizal Fitri dan Muhammad Noorfaez. Syabas dan Tahniah diucapkan...
MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER, KETUA KELAS DAN PENOLONG KETUA KELAS
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Majlis Pelantikan dan Penyerahan Watikah Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Ketua Kelas dan Pen.Ketua Kelas sesi 2011 telah diadakan pada:
Hari : Isnin
Tarikh : 7 Mac 2011
Setelah 2 bulan menjalani tempoh percubaan kesemua pengawas pusat sumber sekolah, ketua kelas dan penolong ketua kelas menerima watikah pelantikan masing-masing.
Puan Salmiah Binti Ahmad, Guru Penolong Kurukulum telah menyempurnakan majlis tersebut. Adik Muhamad Muhammad Idham Bin Khamis telah dipilih menjadi Ketua Pengawas Pusat Sumber dan Penolongnya pula Noor Nazurah Binti Zulkiflee. Tahniah dan syabas kepada mereka yang terpilih dan selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.
Bola Baling MSS Zon Bandar 2011
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Pertandingan Bola Baling Peringkat MSS Zon Bandar telah diadakan pada 3 Mac 2011 yang bertempat di SK Kampung Maju Jaya. Dalam pertandingan ini, Pihak SK Taman Bukit Mewah telah menghantar pasukan lelaki dibawah bimbingan jurulatih, En Mohd Khafiz Bin Mohd Ali manakala pasukan perempuan dilatih ole Pn Ayu Sarah Bte Abdullah. Dalam pertandingan kali ini, kedua-dua pasukan sekolah ini telah menduduki tempat yang ke-empat.
Sambutan Maulidur Rasul 1432
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Sambutan Maulidur Rasul peringkat SK Taman Bukit Mewah telah diadakan pada hari Khamis, 3 Mac 2011. Tahniah diucapkan kepada Panitia Pendidikan Islam kerana sambutan maulidur Rasul pada kali ini adalah yang paling meriah berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Apa yang membanggakan, pelbagai pihak terutamanya ibubapa dan penjaga banyak memberi sumbangan ikhlas dalam menjayakan acara tahunan ini. Pihak pengurusan sekolah ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua ibubapa dan penjaga yang memberi kerjasama yang tak terhingga kepada pihak sekolah. Semoga dengan keikhlasan ini, ianya dapat memupuk semangat perpaduan antara pihak sekolah dan ibubapa serta penjaga.
Watikah Perlantikan Pengawas 2001
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Watikah Pelantikan Pengawas SK Taman Bukit Mewah bagi sesi 2011 telah disempernakan oleh Guru Besar SK Taman Bukit Mewah, Pn Hjh Noor Siah Binti Sihes yang bertempat di dataran kejat pada 28 Feb 2011 baru-baru ini. Dalam upacara ini, bacaan ikrar para pengawas yang diketuai oleh Ketua dan Penolong Pengawas dan penyampaian sijil Pelantikan Pengawas 2011.
Acara Balapan MSS Zon Bandar 2011
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Seperti tahun sebelumnya, acara balapan Majlis Sukan Sekolah Zon Bandar 2011 telah diadakan di Stadiun Datuk Haji Hassan Yunus. Temasya ini telah berlangsung pada Sabtu, 26 Februari 2011 baru-baru ini. Dalam acara ini,sebanyak enam pasukan SK Taman Bukit Mewah berjaya kepusingan akhir dalam acara 4X100 meter P10, 4X100m L10, 4X200 meter P12, 4X200 meter L12, 4X200 meter L10 dan 100 meter L12. Dengan semangat kesukanan yang tinggi, pasukan 4X200 meter L10 telah berjaya mengharumkan nama SK Taman Bukit Mewah dengan menduduki tempat ketiga.
Unit Sukan SK Taman Bukit Mewah mengucapkan ribuan terima kasih kepada para guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam melatih dan memberi tunjuk ajar pada semua peserta olahraga 2011. Pihak sekolah juga berterima kasih kepada ibubapa dan penjaga atas kerjasama yang diberikan.
Unit Sukan SK Taman Bukit Mewah mengucapkan ribuan terima kasih kepada para guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam melatih dan memberi tunjuk ajar pada semua peserta olahraga 2011. Pihak sekolah juga berterima kasih kepada ibubapa dan penjaga atas kerjasama yang diberikan.
Acara Padang MSS Zon Bandar 2011
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Pertandingan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Zon Bandar pada tahun 2011 telah diadakan pada 24 Febuari 2011 bertempat di SJK(C) Foon Yew 2. Pada pertandingan kali ini, pasukan SK Taman Bukit Mewah telah menghantar wakil yang mewakili semua acara yang dipertandingkan. Antara acara yang dipertandingkan adalah Merejam Lembing (L/P0 12 Tahun, Melontar Peluru (L/P) 12 Tahun, Lompat Tinggi (L/P) 12 Tahun dan 10 Tahun serta Lompat Jauh (L/P) 12 Tahun dan 10 Tahun. Walaubagaimana pun, pertandingan acara padang pada kali ini tidak memihak kepada pasukan SK Taman Bukit Mewah.