Latihan Perkhemahan telah dijalankan pada 14 Mei 2011 (Sabtu) bagi memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar yang akan menjalani Perkhemahan Tahunan pada 27, 28 dan 29 Mei ini. Antara aktiviti yang telah dijalankan pada hari tersebut adalah latihan memasang dan mengemas khemah dan kawad kaki.