HARI KEMERDEKAAN

Selamat menyambut hari kemerdekaan kepada semua warga SKTBM khususnya dan rakyak Malaysia amnya.


"MERDEKA!!! MALAYSIA KU TERCINTA"

SELAMAT BERPUASA

Pihak SK Taman Bukit Mewah ingin mengucapkan selamat Berpuasa kepada semua warga SKTBM dan semoga dengan kedatangan bulan Ramadhan ini dapat meningkatkan ketakwaan kepada Yang Maha Esa.
"SELAMAT BERPUASA"

SAINS - TEKNIK MENJAWAB

Pelbagai motivasi telah dijalankan bagi meningkatkan keupayaan pelajar SK Taman Bukit Mewah dalam menghadapi peperiksaan yang akan diduduki pada 8hb September nanti. Aktiviti memotivasikan pelajar juga telah diadakan pada 19hb Ogos bagi meningkatkan lagi kefahaman pelajar dalam subjek sains. Motivasi "Format & Teknik Menjawab Soalan Sains" ini merupakan usaha yang berterusan pihak sekolah bagi menambahkan lagi kebolehan pelajar dan memperolehi tip-tip yang berguna sebelum mereka menduduki peperiksaan yang sebenarnya. Motivasi ini telah disampaikan oleh guru yang berpengalaman dalam bidang sains iaitu Pn. Salinah Bte Haron dari SK Taman Kota Kulai.


PERASMIAN BULAN KEMERDEKAAN


MERIAH DAN BERTENAGA!!!!!


Perasmian Bulan Kemerdekaan 2009 disambut dengan penuh meriah dan berwarna warni. Majlis perasmian Bulan Kemerdekaan ini telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK Taman Bukit Mewah, Pn Hjh Siti Esah Bte Yaacub sambil disaksikan oleh seluruh warga SKTBM di Dataran Kejat.

Semasa majlis pelancaran bulan kemerdekaan ini, pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik telah diadakan antaranya ialah acara perarakan basikal untuk penyampaian watikah, tarian zapin, tarian vardenathiam, tarian kipas, pantun, nyanyian lagu-lagu patriotik, laungan merdeka dan menandatangani kain rentang oleh guru-gur SKTBM.

Untuk dapatkan lagi gambar-gambar yang menarik sila dapatkan di URL http://www.ziddu.com/download/6081204/merdeka09.rar.html

HATI-HATI DENGAN H1N1

CONTOH YANG BAIK!!!!
inilah sikap yang patut diikuti oleh semua warga SK Taman Bukit Mewah mengenai bahaya virus H1N1. Pelajar-pelajar 4 Bestari tetap memakai 'mask' semasa menduduki ujian bulanan bagi menghindari penyebaran virus pembunuh, H1N1 yang sangat hangat diperkatakan sekarang ini.....

GOTONG ROYANG

BERSEMANGAT!!!! Inilah sikap baik yang ditunjukkan oleh ibubapa pelajar SK Taman Bukit Mewah dalam menjayakan aktiviti gotong royang di SKTBM. Aktiviti gotong royong ini adalah anjuran bersama pihak sekolah dan PIBG SKTBM. Tujuan utama aktivit ini diadakan adalah untuk memperindahkan lagi lanskap sekolah dengan menanam pokok-pokok yang bersuaian dengan sekolah. Semoga usaha murni ini berterusan di sekolah ini.
Terima Kasih pada semua yang terlibat.

SOLAT HAJAT PERDANA & MOTIVASI IBUBAPA


Unit Dakwah (MAKDIS) dengan kerjasama panitia Agama Islam dan Kaunseling serta PIBG SKTBM telah menganjurkan satu majlis "Solat Hajat Perdana dan Motivasi Ibubapa" pada malam Jumaat 13hb ogos 2009 bertempat di Surau Ar-Rahman, SK Taman Bukit Mewah. Majlis ini sempena Peperiksaan UPSR yang bakal diduduki oleh pelajar tahun 6. Majlis ini diserikan lagi dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Jaafar Bin Jamian yang bertajuk "Reject". Dalam ceramah ini, beliau telah menjelaskan 10 sebab utama mengapa doa tidak dimakbulkan. Semoga pelajar-pelajar akan lebih gigih berusaha untuk mencapai kecemerlangan berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.

untuk dapatkan lain-lain gambar yang berkaitan, sila muatturun dari URL http://www.ziddu.com/download/6037113/SOLATHAJATPERDANA.rar.html

SEKOLAH GANTI

Hari ganti persekolahan sempena cuti Deepavali 2009 adalah pada hari Sabtu, 15hb Ogos 2009 mengikut jadual hari Isnin.

"HARAP MAKLUM"

KEPUTUSAN PERTANDINGAN MINGGU SAINS

Berikut adalah keputusan-keputusan pertandingan sempena "Minggu Sains 2009" yang telah diadakan pada minggu lepas.

BINAAN ROBOT KERTAS
  • JOHAN : KUMPULAN SAKTI (NUR HIDAYAH FITRI, 1A)
  • NAIB JOHAN : GIPITO & PINOKIO (IRFAN HAZIQ, 1B)
  • KETIGA : KUMPULAN BUNGA RAYA (ALWANI SYAZWANI, 1A)

MIXING THING
  • JOHAN : MAHESHWAR, SHANRINA, ADIBAH, IRFAN, NAJWID, FIRDAUS, ZAFIR, NATASH
  • NAIB JOHAN: MUHD ZUHAIR, NURUL NAJIHAH, AMIRUL HAKIM, NUR AMALIA AMIRA, SYAFIQ, HAYANI, KRISYEN
  • KETIGA : IMRAN, HUSNA, IZZATI, FUJI, ZHARIF, SARANIA, FITRI

MAKING AN AIR FRESHENER

  • JOHAN : AMIRAH NAJIHAH (3A)
  • NAIB JOHAN : NURUL AFIQAH BTE NASARUDDIN (3A)
  • KETIGA: HANISA (3 )

KEBOLEHAPUNGAN MODEL KAPAL

  • JOHAN : JUNIOR KIDS (ADAM HEIKAL BIN AFFANDI, 4A)
  • NAIB JOHAN : CEMERLANG (ISWARY, 4A)
  • KETIGA: BEAUTIFUL (NUR SABRINA, 4B)

MODEL KESTABILAN

  • JOHAN : SUPER GIRLS (NUR AMIRA AFIQAH, 5B)
  • NAIB JOHAN : FOUR ROSES (VIKNESWARY, 5C)
  • KETIGA: THE SHY GIRLS (FATIN NURDIYANA, 5B)

PENGHASILAN TENAGA ELEKTRIK DARI KENTANG DAN LIMAU

  • JOHAN : GENG BIJAK SAINS (MUHD ANIQ GHASSANI, 6D)
  • NAIB JOHAN :LAST GENERATION (ARINA HABRI, 6A)
  • KETIGA: THE PREFECTS (AIMAN FATHI, 6A)

**Keputusan pengadil adalah muktamad

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2009 akan diadakan pada 17hb Ogos 2009 (Isnin) yang bertempat di Dataran Kejat SKTBM. Di majlis pelancaran tersebut, banyak aktiviti akan dilakukan seperti :
  • Nyayian lagu "3 Serangkai"
  • Gimik/lakonan kemerdekaan (Pelancaran)
  • Persembahan murid
  • Ucapan "Erti Kemerdekaan" oleh GPK HEM, En Hamzah Bin Rawian.
  • Ucapan Guru Besar, Hjh Siti Esah Binti Yaacub Sempena bulan Kemerdekaan.
  • Laungan "MERDEKA"
  • Nyayian Lagu "Patriotik".
  • Tandatangan Kain Rentang

Seperti kebiasaannya, sambutan bulan kemerdekaan ini akan berlangsung selama satu bulan iaitu dari 17 Ogos 2009 sehingga 16 September 2009. Pelbagai aktiviti yang menarik akan diadakan sepanjang tempoh tersebut, antaranya ialah

  • 18 Ogos 2009 (Selasa, 10.20 pagi) - Treasure Hunt Tahun 5
  • 19 Ogos 2009 (Rabu, 10.20 pagi - Tayangan video kemerdekaan dan Kuiz Tahun 4
  • 20 Ogos 2009 (Khamis, 10.20 pagi) - Pertandingan Kereta Kawalan "Merdeka Endurance"
  • 21 Ogos 2009 (Jumaat, 10.20 pagi) - Pertandingan mewarna Poster Tahap 1
  • 14 Sept 2009 (Rabu, 10.20 pagi) - Pertandingan Melukis Poster Tahap 2
  • 15 Sept 2009 (Khamis, 10.20 pagi) - Kuiz Bonanza Tahun 6
  • 16 Sept 2009 (Jumaat, 10.20 pagi) - Pertandingan Koir Lagu patriotik Tahap 2, Pakaiana beragam Tahap 1 dan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2009

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung terus dengan En. Hairurnizam Bin Zin ditalian 07-2340105

GOTONG ROYANG SEKOLAH

Aktiviti-aktiviti gotong-royong anjuran pihak SKTBM dan PIBG SKTBM ini akan diadakan pada 15hb Ogos 2009. Tujuan utama gotong-royong ini adalah untuk memperindahkan lagi lanskap kawasan-kawasan sekolah supaya kelihatan lebih lagi ceria. Selain daripada itu, gotong-royong ini juga mempereratkan lagi hubungan silaturrahim antara pihak sekolah dengan ibubapa dan penjaga pelajar-pelajar di sekolah ini.

"BERSAMA-SAMA MENCARI KEBERKATAN"

SOLAT HAJAT PERDANA

Pihak SK Taman Bukut Mewah akan mengadakan satu Program Solat Hajat Perdana pada 13hb Ogos 2009 (Khamis). Program Solat Hajat Perdana ini melibatkan guru-guru, semua pelajar tahun 6 dan ibubapa pelajar-pelajar tahun 6.
"KEHADIRAN ANDA DIALU-ALUKAN"

PESTA LAYANG-LAYANG 2009


Pesta Layang-Layang 2009 anjuran SKTBM dibawah program RIMUP telah dirasmikan oleh Yang Di Pertua PIBG SKTBM, En. Yusaini Bin Ali pada 8 Ogos 2009 bertempat di Padang SKTBM. Dalam pesta ini, pelbagai aktiviti telah diadakan seperti pertandingan mewarna layang-layang bagi pelajar-pelajar tahap 1. Manakala bagi tahap 2, dua kategori telah dipertandingkan antaranya ialah Pertandingan Layang-Layang Tercantik dan Pertandingan Menaikkan Layang-Layang. Pada pesta kali ini, SK Kempas turut menghantar satu pasukan bagi memeriahkan lagi pesta layang-layang ini.

Dalam kategori pertandingan layang-layang tercantik, juaranya ialah pelajar-pelajar tahun 6 Arif dari SKTBM. Manakala pelajar-pelajar tahun 6 cerdik dari SKTBM telah mengungguli kategori Menaikkan Layang-Layang.

Dapatkan gambar-gambar menarik di http://www.ziddu.com/download/5957591/pestalayang2.rar.html

TAKLIMAT TENTANG BAHAYA H1N1

Taklimat tentang bahayanya Penyebaran Wabak H1N1 ini telah diadakan pada 7 Ogos 2009 bertempat di Dewan Seri Mewah, SKTBM. Tujuan utama taklimat ini adalah untuk memberi pendedahan tentang bahaya pendemik H1N1 ini. Talimat ringkas ini telah disampaikan ole Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM), En. Hamzah Bin Rawian.
Dalam talimat ini, pelajar-pelajar telah didedahkan cara-cara yang patut dilakukan untuk mengelak virus H1N1 ini merebak.

Dapatkan gambar-gambar lain tentang taklimat ini di
http://www.ziddu.com/download/5956446/taklimatH1N1.rar.html

AKTIVITI MINGGU SAINS TAHAP 2


Kebanyakan aktiviti-aktiviti yang telah diberikan kepada pelajar-pelajar tahap 2 adalah bertujuan untuk menguji kefahaman mereka tentang asas-asas penting dalam subjek sains yang mereka telah pelajari. Selain daripada menggunakan pengetahuan yang sedia ada, pelajar telah diuji dari seganap aspek seperti kerjasama antara mereka, kreativiti dalam merekacipta, kejayaan mereka dalam menjana semula idea dan yang paling penting adalah mengaplikasikan konsep sains yang telah mereka pelajari. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan bagi pelajar-pelajar tahap 2 adalah
  • Tahun 4 - Kebolehapungan Model Kapal
  • Tahun 5 - Model Kestabilan
  • Tahun 6 - Penghasilan Tenaga Elektrik Dari Kentang dan Limau
Untuk dapatkan banyak lagi gambar-gambar yang menarik, sila dapatkan dari URL http://www.ziddu.com/download/5956313/MingguSainsThp2.rar.html




"Keputusan Pertandingan Minggu Sains Akan Diumumkan Dalam Minggu Depan"

AKTIVITI MINGGU SAINS TAHAP 1

Aktiviti yang telah dijalankan bagi pelajar-pelajar tahap 1 adalah aktiviti yang menjurus kepada pengetahuan yang sedia ada. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti:

  • Tahun 1 -Binaan model robot dari manila kad
  • Tahun 2 - Mixing Things
  • Tahun 3 - Making An Air Freshener
Untuk dapatkan gambar yang kaitan dengan aktiviti ini, sila download dari URL http://www.ziddu.com/download/5956155/MingguSainsThp1.rar.html


PESTA LAYANG-LAYANG

Pesta layang-layang ini adalah anjuran jawatankuasa RIMUP SK Taman Bukit Mewah yang akan diadakan pada 8hb Ogos 2009 (Sabtu) bertempat di Padang SK Taman Bukit Mewah. Sekolah yang berminat untuk menyertai pesta ini adalah dialu-alukan. Untuk dapatkan maklumat lanjut, sila hubungi En. Mohd Khafiz Bin Mohd Ali (07-2340105)

TAHNIAH KEPADA USTAZ SAFIE


Tahniah!!! Dengan mengendalikan permainan catur terbuka kepada murid-murid pada waktu rehat, telah dapat mengurangkan kegiatan murid-murid daripada membuang masa dan bermain-main pada waktu rehat. Kini murid-murid dapat mengisi masa rehat mereka dengan bermain catur sementara menunggu masa untuk masuk ke kelas semula.

Setinggi-tinggi tahniah kepada ustaz Safie, semoga menjadi galakan kepada guru-guru lain...

Dapatkan banyak lagi gambar-gambar yang berkaitan di URL http://www.ziddu.com/download/5897638/caturmasarehat.rar.html

PERASMIAN MINGGU SAINS



Pelancaran minggu Sains 2009 telah diadakan pada 3 Ogos 2009 yang bertempat di dataran Kejat SK Taman Bukit Mewah. Pelancaran Minggu Sains 2009 ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SKTBM, disaksikan oleh seluruh warga SKTBM. Minggu Sains 2009 ini akan bermula dari 3 Ogos 2009 sehingga 7 Ogos 2009. Pelbagai aktiviti akan dijalankan antaranya ialah
  • Binaan Robot
  • Rekacipta model kapal menggunakan plastisin
  • Merekacipta Model Kestabilan
  • Tenaga elektrik daripada limau/oren
  • Mencipta penyaman udara daripada bahan-bahan semulajadi
Segala pertanyaan sila berhubung terus dengan guru-guru yang terlibat iaitu:
  1. Pn Salwa Binti Bachok
  2. En Mohd Rosdi Bin Mat Isa
  3. En Md Khairil Izmi Bin Ishak
  4. Pn Hudayani Binti Ali
  5. Pn Siti Salmah Binti Maaroof
  6. Pn Mastura Binti Sidek