Gotong royong anjuran bersama pihak SK Taman Bukit Mewah dan PIBG merupakan aktiviti yang bertujuan untuk menceriakan dan mengindahkan kawasan sekolah. Gotong royong ini telah diadakan pada 22 dan 23 Mei 2010. Berikut adalah gambar sekitar aktiviti ini dijalankan......
Sambutan Hari Guru 2010
Posted by
-
on 18 May, 2010
Labels:
sdea
/
Sambutan Hari Guru Peringkat SK Taman Bukit Mewah disambut dengan begitu meriah. Sambutan ini dikelolakan dan dikendalikan sepenuhnya oleh Badan Kebajikan Guru Dan Kakitangan SK Taman Bukit Mewah. Pelbagai acara menarik telah dijalankan yang melibatkan guru-guru serta murid-murid SK Taman Bukit Mewah.Berikut adalah gambaran sekitar sambutan tersebut....
Kecil-Kecil Cili Api
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Tahniah dan Syabas !!!!
Itulah ucapan yang harus diberikan kepda adik Muhammad Zuhair Bin Jumaat dari kelas 3 Arif kerana telah berjaya mengharumkan nama SK Taman Bukit Mewah dalam acara catur peringkat negeri baru-baru ini. Beliau telah berjaya meletakkan daerah Johor Bahru ditangga kedua dalam acara berpasukan... Semoga dengan kejayaan ini, ia akan menjadi batu loncatan dan cotoh kepada semua warga SK Taman Bukit Mewah untuk berjaya dalam apa pun acara yang mereka ceburi. Tahniah....
Berbalas Pantun
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya mencuit hati guru-gur dan rakan-rakan dalam acara berbalas pantun yang telah dikelolakan oleh Panitia Bahasa Melayu, SK Taman Bukit Mewah. Acara berbalas pantun ini merupakan satu acara mingguan bagi setiap panitia utama di SK Taman Bukit Mewah. Tujuan utama acara mingguan ini adalah bertujuan untuk mengasah bakat dan meningkatkan daya keyakinan diri setiap peserta.
Pertandingan Ragbi Daerah
Posted by
-
on 12 April, 2010
/
PERTANDINGAN RAGBI 12 TAHUN PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU AKAN DIADAKAN PADA 15 DAN 16 APRIL 2010 BERTEMPAT DI PADANG SK TAMAN BUKIT MEWAH, JOHOR BAHRU.
Sambutan Maulidur Rasul
Posted by
-
/
Sambutan Maulidur Rasul peringkat SK Taman Bukit Mewah telah berjaya dilangsungkan pada 10 April 2010 baru-baru ini. Program di bawah kendalian Panitia Agama ini, berjalan dengan lancar dengan pelbagai pengisian yang bermanfaat kepada warga SK Taman Bukit Mewah. Perarakan dengan memuji Junjungan Besar bergema pada pagi tersebut. Semua warga SK Taman Bukit Mewah telah disajikan dengan nasi beriani yang enak sebelum disajikan lagi dengan ceramah oleh jemputan khas dari Pontian.



