Berikut adalah gambaran perjalanan saringan Linus Tahun 3 peringkat SK Taman Bukit Mewah.
Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) 2
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) kali ke dua ini adalah berkenaan dengan Perintah Am Perkhidmatan Awam, Bab C-Cuti. Tujuan utama LDP ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada guru-guru dan kakitangan SK Taman bukit Mewah tentang prosedur-prosedur berkaitan dengan pengambilan cuti dan cuti-cuti yang boleh di ambil oleh penjawat awam.
Zikir Asma Al-Husna
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Pihak Pentadbiran SK Taman Bukit Mewah dengan kerjasama Panitia Agama Islam telah mengadakan Zikir Asma Al-Husna bersama-sama semua warga SK Taman bukit Mewah yang beragama Islam. Tujuan utama majlis zikir ini diadakan adalah bertujuan untuk mencari keberkatan serta keredhaan Allah dalam semua aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan di peringkat sekolah sepanjang sesi persekolahan 2012.
Kem Bestari Solat Tahun 5
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Pihak sekolah dan Panitia Agama Islam serta J-QAF telah mengadakan kem bestari solat untuk semua pelajar-pelajar tahun 5 pada 18 April baru-baru ini. Tujuan utama kem ini diadakan ialah murid
dapat berwudhuk dan tayammum dengan sempurna, murid dapat melaung dan
melafazkan azan dengan betul, murid dapat menjawab azan dan iqamah dengan betul
dan murid dapat membaca doa selepas azan dan iqamah dengan betul. Berikut adalah gambaran perjalanan sekitar Kem Bestari Solat ini.
Naib Johan Public Speaking MSSD
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Tahniah kepada adik Rhubinii A/P Ganesh Rao kerana telah
berjaya mengharumkan nama SK Taman Bukit Mewah dalam Pertandingan "Public
Speaking" peringkat Daerah Johor Bahru. Sebelum ini adik Rhubini telah
menjadi Johan di peringkat Zon Bandar dan Naib Johan di Peringkat Daerah Johor
Bahru baru-baru ini. Tahniah dan Syabas diucapkan...
Catur Peringkat Negeri Johor
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Tahniah dan syabas diucapkan kepada adik Muhammad Zuhair Bin Jumaat kerana telah berjaya menduduki tempat kedua dalam Pertandingan Catur Peringkat Sekolah-Sekolah Negeri Johor. Dengan kejayaan ini, sekali lagi nama SK Taman Bukit Mewah telah diharumkan ke peringkat Negeri Johor. Semoga dengan kejayaan ini, diharap agar ianya menjadi pendorong kepada rakan-rakan yang lain dalam apa pun bidang yang diceburi......
SYABASSSSSSS.
Ragbi Peringkat MSSJ
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Dalam Pertandingan Ragbi Sentuh Peringkat Sekolah-Sekolah Johor, dua pelajar SK Taman Bukit Mewah telah berjaya dalam pemilihan untuk mewakili Daerah Johor Bahru ke pertandingan tersebut. Pelajar tersebut ialah Adik Muhammad Suffi Izzat Bin Hazazi dan adik Ameerul Haziq Bin Azahari. Dalam pertandingan peringkat negeri johor ini, Pasukan Johor Bahru telah berjaya menduduki tempat ke-3 dan mengharumkan nama Daerah Johor Bahru amnya dan SK Taman Bukit Mewah khasnya.


