Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua AJK PIBG SK Taman Bukit Mewah bagi sesi 2011/2012 kerana telah mendapat kepercayaan yang sepenuhnya bagi menerajui persatuan PIBG SKTBM bagi sesi 2011/2012.
Hari Q SKTBM 2010
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Majlis Hari Qualiti (Hari Q) peringkat SK Taman Bukit Mewah 2010 telah diadakan serentak dengan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-9 pada 16 April 2011 baru-baru ini. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya menerima Anugerah Pelajar Cemerlang sepanjang sesi persekolahan 2010. Pelajar-pelajar ini telah diberi tiket percutian ke Kuala Lumpur selama 3 Hari 2 Malam dengan tiket penerbangan percuma pergi dan balik dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur dan wang tunai. Berikut adalah senarai pelajar cemerlang sesi 2010.
- Azrul Izham Bin Tajudin (5A)
- Aiza Jasmin Binti Jasni (5A)
- Amutha a/p Saragasan (5A)
- Dharini a/p Mohan (5A)
- Mimi Syazlyin Bte Saharuddin (5A)
- Noor Hazwani Bte Mohamad Noor (5A)
- Nur Safwah Bte Abdul Rahaman (5A)
- Nur Shahira Bte Mahyuddin (5A)
- Nuraina Najwa Bte Abd Hamid (5A)
- Nur Azlin Bte Azmi (5A)
- Faizul Bin Peter Jessen (4A1B)
- Mohammad Salehuddin Bin Mohd Fauzan (4A1B)
- Muhammad Afeeq Bin Mohd Rafee (4A1B)
- Muhammad Redhuan Bin Abd Razak (4A1B)
- Muhammad Syazwan Bin Mazlan (4A1B)
- Muhammad Danish Syukri Bin Abd Syukur (4A1B)
- Afiqah Binti Roslan (4A1B)
- Hazirah Aqilah Bte Sa'idan (4A1B)
- Sarah Aisya Bte Shahruldin (4A1B)
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-9 SKTBM
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-9 ini dirasmikan oleh tetamu kehormat iaitu YB ADUN Kawasan Kempas, Dato' Hj Osman Bin Hj Sapian. Mesyuarat agung pada kali ini disambut dengan penuh meriah dan begitu harmoni, pelbagai persembahan yang amat menarik minat para hadirin yang datang. Antaranya ialah persembahan multimedia, persembahan nasyid, persembahan recorder, action song, choral speaking dan tarian tradisional India.
Mesyuarat Agung PIBG SKTBM
Posted by
-
on 15 April, 2011
/
Mesyuarat Agung PIBG SK Taman Bukit Mewah akan diadakan seperti ketetapan berikut:
- Tarikh : 16 April 2011
- Hari : Sabtu
- Tempat : Dewan Seri Mewah, SK Taman Bukit Mewah
- Masa : 8.00 pagi
Pelbagai aktiviti yang menarik akan diadakan sempena mesyuarat agung pada kali ini. Antaranya ialah acara penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang sesi 2010, persembahan dari pelajar SK Taman Bukit Mewah, Cabutan bertuah serta anugerah pelajar terbaik 2010. Diharap semua ibubapa dan penjaga dapat meluangkan masa bagi memeriahkan lagi mesyuarat agung pda kali ini
Penyampaian Hadiah Pemenang Ragbi 7'S
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Dalam Kejohanan Ragbi 7 Sebelah serkit ke 2 Sekolah-Sekolah Negeri Johor baru-baru ini, kedua-dua pasukan ragbi SK TAman Bukit Mewah, SKTBM A dan SKTBM B telah berjaya merangkul tempat pertama dan kedua dalam empat kategori yang telah dipertandingkan iaitu Kategori Spoon. Syabas dan Tahniah diucapkan.............
Penyampaian Hadiah Minggu Bahasa Melayu
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang yang terlibat dalam semua kategori yang dipertandingkan sempena minggu Bahasa Melayu 2011 peringkat SK Taman Bukit Mewah.
Berikut adalah senarai pemenang pertandingan Minggu Bahasa Malaysia 2011
Pertandingan Bercerita
- Aida Syahira Bte Safari (Tahun 1)
- Auni Suraya Bte Safari (Tahun 2)
- Nurul Farahin (Tahun 3)
- Husna (Tahun 4)
- Amira Najiha (Tahun 5)
- Mufarohah Bte Naim (Tahun 6)
Pertandingan Deklamasi Sajak
- Noor Hazwalyana (Tahun 1)
- Nur Aina Najihah (Tahun 2)
- Safawani (Tahun 3)
Pertandingan Syair
- Ahmad Rasul (Tahun 4)
- Dewi Nur Zulaikha (Tahun 5)
Pertandingan Pidato
- Iswary a/p Moothy (Tahun 6)
Pertandingan Ragbi 7 Sebelah Sekolah-Sekolah Negeri Johor
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Pertandingan ragbi tujuh sebelah serkit ke-2 antara sekolah-sekolah Negeri Johor telah berlangsung di SK Temenggong Abdul Rahman 1 (STAR 1) pada 9 dan 10 April 2011 (Sabtu dan Ahad) baru baru ini. Pihak sekolah telah menghantar dua pasukan, SKTBM A dan SKTBM B ke pertandingan tersebut. Pada pertandingan ini sebanyak 24 pasukan dari seluruh negeri Johor bertemu bagi merebut Piala Pusingan yang bermakna dalam kejohanan ini. Berikut adalah gambaran sekitar kejohanan Ragbi 7'S bagi sekolah-sekolah negeri Johor.
Perasmian Minggu Bahasa Melayu 2011
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Perasmian Minggu Bahasa Melayu telah diadakan pada 4 April 2011 di dataran Kejat, SK Taman Bukit Mewah. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Taman Bukit Mewah, Pn Hjh Noor Siah Binti Sihes sambil disaksikan penggerak utama program ini, Pn Jalilawati Bte Hj Jamian. Pelbagai acara begitu meriah telah dipertontonkan kepada semua warga SK Taman Bukit Mewah antaranya ialah mendeklamasikan sajak oleh En. Mohd Anuar Bin Hj Jaafar, Nyanyian oleh semua guru panatia Bahasa Melayu, berbalas pantun dan banyak lagi.
Minggu Bahasa Melayu 2011
Posted by
-
/
Minggu Bahasa Melayu pada kali ini telah berlangsung bermula pada 4 April 2011 sehingga 8 April 2011. Minggu Bahasa Melayu ini telah disajikan dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan yang menarik bagi menarik minat murid-murid SK Taman Bukit Mewah terhadap bahasa rasmi negara kita. Antara aktiviti dan pertandingannya ialah
- Pertandingan Bercerita Tahun 5 & 6 (Isnin -4April 2011)
- Pertandingan Bercerita Tahun 3 & 4 (Selasa - 5 April 2011)
- Pertandingan Bercerita Tahun 1 & 2 (Rabu - 6 April 2011)
- Pertandingan Bersyair Tahun 4 &5 (Khamis -7 April 2011)
- Pertandingan Berpidato Tahun 6 (Khamis - 7 April 2011)
- Pertandingan Mendeklamasikan Sajak Tahun 1, 2 & 3 (8 April 2011)
- Pertandingan Membina Perkataan Tahun 1 Cerdik & 2 Cerdik (Selasa - 5 April 2011)
- Pertandingan Menulis Karangan Tahun 4, 5 & 6 (Rabu -6 April 2011)
- Kuiz Simpulan Bahasa Tahap 1 (sepanjang minggu)
- Kuiz Silang Kata Tahap 2 (sepanjang minggu)


