Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-9 SKTBM

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-9 ini dirasmikan oleh tetamu kehormat iaitu YB ADUN Kawasan Kempas, Dato' Hj Osman Bin Hj Sapian. Mesyuarat agung pada kali ini disambut dengan penuh meriah dan begitu harmoni, pelbagai persembahan yang amat menarik minat para hadirin yang datang. Antaranya ialah persembahan multimedia, persembahan nasyid, persembahan recorder, action song, choral speaking dan tarian tradisional India.