Perjumpaan Ibubapa Pelajar LINUS
Posted by
-
on 16 February, 2011
Labels:
sdea
/
Pihak SK Taman Bukit Mewah telah mengadakan satu perjumpaan dengan para ibubapa dan penjaga pelajar LINUS bertujuan untuk mengurangkan jumlah pelajar LINUS di SK Taman Bukit Mewah. Perjumpaan ini juga adalah untuk memberi pendedahan tentang permasalahan yang dihadapi oleh guru-guru LINUS serta mencari jalan yang bersesuaian dalam usaha pihak sekolah mengurangkan bilangan pelajar LINUS di SK Taman Bukit Mewah ini.
Larian Mahkota Peringkat SKTBM
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Pelancaran Larian Mahkota peringkat SK Taman Bukit Mewah telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Pn Hjh Noor Siah Bte Sihes. Pelepasan larian ini serentak di seluruh negeri Johor bagi memertabatkan "Satu Murid Satu Sukan". Pada larian ini, pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih terutamanya kepada AJK PIBG serta semua ibubapa dan penjaga yang melibatkan diri dalam larian ini. berikut adalah sekitar larian tersebut.
Larian Mahkota 2011
Posted by
-
on 11 February, 2011
/
Larian Mahkota ini akan diadakan pada 12 Februari 2011 yang bermatlamat untuk membangunkan Usaha Penglibatan Secara Menyeluruh Dan Bersepadu Bagi Mewujudkan Pelajar Dan Guru Yang Ghairah Untuk Bersukan “ Passion For Sport ”. Pelancaran larian Mahkota ini Sempena Program 1 Murid 1 Sukan Di Sekolah-sekolah seluruh Negeri Johor. Larian perdana mahkota ini akan diadakan serentak di setiap sekolah rendah dan menengah seluruh negeri johor dengan penglibatan pelajar dan guru tanpa paksaan. Selain daripada itu, larian ini juga terbuka kepada ibubapa/penjaga dengan penglibatan persatuan ibubapa dan guru sekolah yang ingin turut serta dalam program ini. Berikut adalah laluan bagi Larian Mahkota bagi SK Taman Bukit Mewah…
Pendaftaran Zoom-A 2011
Posted by
-
on 05 February, 2011
Labels:
sdea
/
Pendaftaran Zoom-A bagi sesi persekolahan 2011 bagi pelajar tahun 5 dan tahun 6 telah bermula dari dari 25 Januari 2011. Berikut adalah beberapa pelajar tahun 5 dan tahun 6 yang belum membuat pendaftaran berdasarkan User ID yang telah diberikan.
Diharap kepada semua pelajar yang memegang User ID seperti mana yang terpapar di atas membuat pendaftaran secepat mungkin. Bagi pelajar tahun 4 yang telah melanggan Zoom-A, User ID akan diberikan pada masa yang terdekat.
Sekian, untuk makluman bagi semua warga SKTBM......
| Bil | User ID | Tahun |
| 1 | sktbm-5-10046 | 5 |
| 2 | sktbm-5-10059 | 5 |
| 3 | sktbm-6-10004 | 6 |
| 4 | sktbm-6-10006 | 6 |
| 5 | sktbm-6-10014 | 6 |
| 6 | sktbm-6-10015 | 6 |
| 7 | sktbm-6-10016 | 6 |
| 8 | sktbm-6-10017 | 6 |
| 9 | sktbm-6-10029 | 6 |
| 10 | sktbm-6-10030 | 6 |
| 11 | sktbm-6-10036 | 6 |
| 12 | sktbm-6-10037 | 6 |
| 13 | sktbm-6-10040 | 6 |
| 14 | sktbm-6-10074 | 6 |
| 15 | sktbm-6-10082 | 6 |
Diharap kepada semua pelajar yang memegang User ID seperti mana yang terpapar di atas membuat pendaftaran secepat mungkin. Bagi pelajar tahun 4 yang telah melanggan Zoom-A, User ID akan diberikan pada masa yang terdekat.
Sekian, untuk makluman bagi semua warga SKTBM......
Cuti Ganti Persekolahan
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Cuti ganti persekolahan sempena menyambut perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Deepavali tahun 2011. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memaklumkan maklumat berikut.
1. Cuti sempena Tahun Baru Cina dan hari gantian persekolahan adalah
- 31.01.2011 (Isnin) cuti berganti pada 22.01.2011 (Sabtu)
- 01.02.2011 (Selasa) cuti berganti pada 19.02.2011 (sabtu)
- 02.02.2011 (Rabu) cuti peristiwa (tidak berganti)
2. Cuti sempena Deepavali dan hari gantian persekolahan adalah
- 24.10.2011 (Isnin) cuti berganti pada 09.04.2011(Sabtu)
- 25.10.2011 (Selasa) cuti peristiwa (tidak berganti)
- 27.10.2011 (Khamis) cuti berganti pada 23.04.2011(Sabtu)
- 28.10.2011 (Jumaat) cuti berganti pada 07.05.2011(Sabtu)
LDP 1 - Program Nilam & i-Nilam
Posted by
-
on 20 January, 2011
/
LDP KALI PERTAMA TELAH DIADAKAN SEPERTI BERIKUT:
LDP YANG DIANJURKAN OLEH PUSAT SUMBER INI ADALAH BERKENAAN PROGRAM NILAM DAN I-NILAM. ENCIK MOHD AZAMI BIN YASIN, PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN DARI PUSAT KEGIATAN GURU JQ1004, TASEK UTARA TELAH MENYAMPAIKAN TAKLIMAT BELIAU. DIHARAP GURU-GURU MENDAPAT PENDEDAHAN TENTANG PROGRAM NILAM DAN I-NILAM AGAR PROGRAM INI DAPAT DIJALANKAN DENGAN LEBIH BERKESAN DAN MEMBERI MANFAAT KEPADA MURID-MURID. TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA DARIPADA SEMUA PIHAK.
- TARIKH: 18 JANUARI 2011 (SELASA)
- WAKTU: 2.30 P.M.
- TEMPAT: BILIK PROFESIONALISME
LDP YANG DIANJURKAN OLEH PUSAT SUMBER INI ADALAH BERKENAAN PROGRAM NILAM DAN I-NILAM. ENCIK MOHD AZAMI BIN YASIN, PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN DARI PUSAT KEGIATAN GURU JQ1004, TASEK UTARA TELAH MENYAMPAIKAN TAKLIMAT BELIAU. DIHARAP GURU-GURU MENDAPAT PENDEDAHAN TENTANG PROGRAM NILAM DAN I-NILAM AGAR PROGRAM INI DAPAT DIJALANKAN DENGAN LEBIH BERKESAN DAN MEMBERI MANFAAT KEPADA MURID-MURID. TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA DARIPADA SEMUA PIHAK.
Jamuan Tahun 6
Posted by
-
on 28 November, 2010
Labels:
sdea
/
Jamuan akhir tahun bagi pelajar-pelajar tahun 6 bertujuan meraikan mereka setelah berjaya melepasi peperiksaan UPSR dan juga majlis perpisahan bagi mereka melangkahkan kaki ke sekolah menengah pada tahun depan. Jamuan ini melibatkan semua pelajar tahun 6, AJK PIBG dan guru-guru serta kakitangan SK Taman Bukit Mewah.
Pertandingan Bola Tampar Piala Pusingan SKTBM
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Pertandingan bola tampar yang telah diadakan pada 14 November 2010 baru-baru ini telah mendapat sambutan yang hangat, sebanyak sembilan buah pasukan telah menyertai pertandingan ini. SK Taman Bukit Mewah telah berjaya menjuarai kejohanan ini dan membawa pulang piala pusingan yang telah dipegang oleh pasukan dari JPNJ pada tahun 2008. Manakala tempat kedua dan ketiga, masing-masing sandang oleh pasukan KRT Taman Bukit Mewah dan SK Pengkalan Rinting. Pihak Kelab Guru dan Kakitangan SK Taman Bukit Mewah ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam kejohanan ini.
Keputusan UPSR 2010
Posted by
-
on 11 November, 2010
Labels:
sdea
/
Tahniah diucapkan kepada semua calon UPSR 2010 kerana telah berjaya meningkatkan peratus menguasai dan Gred Purata Sekolah (GPS). Unit Peperiksaan SK Taman Bukit Mewah juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam Program Kecemerlangan UPSR 2010 terutamanya pihak pengurusan SKTBM, guru-guru, PIBG dan ibu bapa serta penjaga. Walaupun berlaku penurunan pelajar cemerlang dari 21 orang kepada 9 orang tetapi peningkatan Peratus menguasai sebanyak 0.50% kepada 78.70% dan Gred Purata Sekolah (GPS) kepada 2.10 . Berikut adalah perbandingan keputusan UPSR dengan peperiksaan-peperiksaan sepanjang tahun serta sasarannya.
PERATUS MENGUASAI
BAHASA MELAYU 1
BAHASA MELAYU 2
BAHASA INGGERIS
MATEMATIK
SAINS











