Pelancaran Program NILAM 2012

Pada 17 Februari yang lalu telah diadakan Pelancaran Program NILAM.  Majlis dilaksanakan selepas aktiviti membudayakan Al-Quran. Pelancaran Program NILAM ini dirasmikan oleh Guru Besar Sk Taman Bukit Mewah, Puan Hajah Noor Siah Binti Sihes. Beliau memberikan penekanan kepada budaya membaca di kalangan murid dan kelebihan dan manfaat  tabiat membaca. Majlis ini diserikan lagi dengan deklamasi sajak oleh adik Raszreen Sabrina Binti Mohammad Khafiz yang bertajuk “Anugerah NILAM”. Semoga program yang dijalankan sepanjang tahun ini mencatatkan peningkatan peratus pembacaan dan  menerapkan tabiat membaca di kalangan murid-murid SK Taman Bukit Mewah.