Sukan Tahunan Kali Ke-10

Temasya Sukan Tahunan SK Taman Bukit Mewah Kali Ke-10 telah berlangsung dengan penuh meriah dan bertenaga. Seperti biasa, majlis pembukaan sukan tahunan ini dimulai dengan acara perbarisan oleh semua rumah sukan dan unit beruniform SK Taman Bukit Mewah. Majlis perasmian Sukan Tahunan Tahun 2012 ini telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, YB Hj Osman Bin Hj Sapian. Pelbagai acara yang menarik telah diadakan sepanjang kejohanan sukan tahunan ini berlangsung, antaranya ialah senamrobik, pertunjukan teakwando, pertandingan acara ibu dan bapa dan yang pastinya adalah acara balapan akhir bagi setiap kategori yang dipertindingkan. Berikut adalah gambaran sekitar temasya tahunan ini.