Permainan Dalaman

Permainan Dalaman merupakan salah satu aktiviti yang telah dirancangkan selepas pelajar menduduki peperiksaan UPSR. Aktiviti permainan dalaman ini telah dijalankan pada 11 Oktober 2011 baru-baru ini. Aktiviti yang telah dikelolakan oleh Pn Rahimah Bte Mohamad ini telah mendapat sambutan yang begitu hangat sekali oleh semua pelajar tahun 6. Aktiviti ini bertujuan memberi pendedahan dan kepentingan semangat kerjasama, meningkatkan tahap disiplin diri serta keyakinan diri pelajar.



Sukan Tara 2011

Pihak Pentadbir SK Taman Bukit Mewah dengan kerjasama Unik KOKO akan mengadakan Sukan Tara antara rumah-rumah sukan SK Taman Bukit Mewah pada Sabtu, 8 Oktober 2011 ini. Semua warga SK Taman Bukit Mewah dari tahun 2 hingga tahun 6 diwajibkan hadir bagi mengumpul mata untuk pasukan masing-masing pada Kejohanan Sukan Tahunan 2011 nanti. berikut adalah butiran mengenai acara yang akan diadakan pada Sukan Tara tersebut

  • Hari : Sabtu
  • Masa : 8.00 pagi
  • Tarikh : 8 Oktober 2011
  • Tempat : Padang SK Taman Bukit Mewah
  • Acara : Lari 100 meter, lompat tinggi dan lompat jauh.

Sekian untuk makluman....

Pertandingan Mewarna

Pertanding mewarna ini telah dianjurkan oleh Staedtler, jenama alat tulis yang tidak asing lagi bagi pelajar-pelajar di SK Taman Bukit Mewah ini. Pertandingan mewarna ini bertemakan flora dan fauna, Cintakan Haiwan. Tujuan utama pertandingan ini di anjurkan adalah untuk memberi pendedahan yang bermakna kepada pelajar serta warga SK Taman Bukit Mewah tentang kepentingan memulihara dan memelihara flora dan fauna untuk generasi yang akan datang.




Pengurusan Jenazah

Bengkel Pengurusan Jenazah kepada pelajar-pelajar tahun 6 merupakan satu lagi program yang diadakan selepas UPSR. Melalui bengkel ini, banyak ilmu yang bermanfaat ditimba tentang cara-cara pengurusan jenazah sama ada jenazah lelaki dan wanita. Selain dari itu, pelajar juga turut didedahkan dengan cara mandian dan mempelajari solat jenazah.



Kelas Jahitan 2011

Kelas Jahitan ini merupakan salah satu daripada aktiviti yang telah dirancang selepas pelajar-pelajar menduduki peperiksaan UPSR. Kelas jahitan ini telah diadakan di dewan SK Taman Bukit Mewah pada 4 November 2011 telah mendapat sambutan yang begitu meriah oleh pelajar tahun 6.






Jamuan Hari Raya

Aktiviti Jamuan Hari Raya yang dianjurkan oleh Panatia Agama Islam ini mendapat sambutan yang begitu hangat oleh semua warga SK Taman Bukit Mewah. Pelbagai juadah dan masakan yang disediakan oleh setiap kelas membangkitkan lagi suasana berhari raya. Pada majlis pembukaan aktiviti ini dimulai dengan takbir raya yang diketuai oleh adik Fahmi Helmi bergema di dewan Seri Mewah.




LATIHAN RUMAH SUKAN

Pihak SK Taman Bukit Mewah akan mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-9 yang akan berlangsung pada 13 Oktober 2011. Sempena temasya tahunan ini, pihak sekolah akan mengadakan latihan rumah sukan seperti ketetapan berikut


  • Rumah Panglima (Merah) - 26 September dan 3 Oktober 2011 (Isnin)
  • Rumah Bendahara (Biru) - 27 September dan 4 Oktober 2011 (Selasa)
  • Rumah Laksamana (Hijau) - 28 September dan 5 Oktober 2011(Rabu)
  • Rumah Temenggong (Kuning) - 29 September dan 6 Oktober 2011(Khamis)

Waktu latihan dan tempat latihan bagi setiap rumah sukan adalah seperti berikut
  •  Tempat - Padang SK Taman Bukit Mewah
  • Masa - 4:30 petang - 6:00 petang
Sekian..

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2011

Sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah telah dijalankan pada pertengahn bulan Ogos, manakala Majlis penutupannya telah disempurnakan oleh Pn. Hjh Noor Siah Binti Sihes pada 23 September 2011 baru-baru ini. Sambutan anjuran Panitia Kajian Tempatan ini begitu meraih dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan semua warga SK Taman Bukit Mewah. Berikut adalah gambaran sekitar Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2011.

CERAMAH KESIHATAN

Program Ceramah Kesihatan dari Syarikat Shamwellness Sdn Bhd ini merupakan salah satu daripada Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) bagi guru-guru dan staf SK Taman Bukit Mewah. Program ini memberi pelbagai faedah kepada kakitangan SK Taman Bukit Mewah mengenai tahap kesihatan dan cara-cara untuk merawat dan mencegah sesuatu penyakit. LDP ini merupakan salah program pihak pentadbiran bagi memberi pengetahuan yang sangat berguna untuk kakitangannya.





PERTANDINGAN MENGHIAS MEJA HIDANGAN HARI RAYA





Pada 22 September 2011  bersamaan 24 Syawal 1432H, murid-murid tahun 6 telah mengikuti pertandingan menghias meja hidangan Hari Raya yang merupakan salah satu daripada aktiviti seleps UPSR 2011. Kesemua murid terlibat dan mereka telah dibahagikan kepada kumpulan kecil. Pertandingan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan di kalangan murid tanpa mengira jantina, bangsa dan agama. Murid-murid bersungguh-sungguh menghias meja hidangan dengan pelbagai juadah mengikut kreativiti setiap kumpulan. 5 orang hakim di kalangan guru-guru Tahun 6 telah dilantik untuk menghakimi pertandingan ini yang mengambilkira kriteria-kriteria seperti kekemasan, kebersihan, susun atur,  kreativiti dan disiplin serta kerjasama ahli kumpulan. Guru Besar SK Taman Bukit Mewah, Puan Hajah Noor Siah Binti Sihes turut serta menyaksikan pertandingan dan memeriahkan majlis. Turut dijemput ke dewan menjamah juadah yang ada ialah semua guru-guru dan kakitangan SK Taman Bukit Mewah. Semua murid kemudiannya makan bersama-sama . Aktiviti  ini telah mencapai objektif dan dapat memberi keseronokan kepada murid. Di samping itu, ia dapat memupuk semangat bekerjasama, membentuk disiplin dan  kreativiti murid-murid. Terima kasih di atas kerjasama dan kesungguhan yang telah diberikan. Semoga kejayaan mengiringi anda.

Penyelaras Program Pertandingan  Menghias Meja Hidangan Hari Raya
Cik Siti Zubaidah Binti Yusoh